Perodua Bezza Nyata Berbeza

Perodua Bezza direka berdasarkan model kompak segmen A, Perodua Axia dan model baru ini adalah kereta sedan pertama dibangunkan Perodua di Malaysia dan untuk Malaysia. Bezza diinspirasikan daripada perkataan Bahasa Malaysia iaitu ‘Beza’. Huruf ‘Z’ berkembar dalam nama Bezza ini juga melambangkan angka 22 bagi menunjukkan Perodua telah berada dalam pasaran selama 22 tahun pada tahun ini.

bezza

4 keistimewaan Produa Bezza

Dua pilihan enjin

Pengguna boleh pilih samaada mahu kapasiti enjin 1.0L yang dilengkapi dengan teknologi injap bervariasi pintar VVT-i. Manakala 1.3L pula adalah enjin baru sepenuhnya yang diberi kod 1NR-VE iaitu enjin yang sama boleh digunakan pada Toyota Avanza facelift.

?

?

Menjimatkan minyak dan lebih kilometer

Inilah daya penarik Produa Bezza. Kereta ini telah dikemaskini bagi membolehkannya mencapai penggunaan bajan api yang lebih baik. Model 1.3 liter automatik mampu mencatat penggunaan bahan api 21 km untuk setiap liter. Manakala model 1.0 manual mampu bergerak sejauh 22.8 km seliter dan 1.0 liter automatik sejauh 21.3 km seliter.

3 varian dan pakej aksesori GearUp

Ada tiga varian utama iaitu 1.0L Standard G, 1.3L Premium X dan 1.3L Advanve pada harga bermula dari RM37 300 hingga RM50 800 sahaja. Jenis transmisi ialah automatik. 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan. Manakala transmisi automatik sahaja bagi advance. Aksesori GearUp juga turut ditawarkan kepada pembeli iaitu mereka boleh pilih salah satu daripada empat pakej yang ditawarkan iaitu Dynamic Body Kit, Dynamic Seat Covers & Door Trim, Dynamic Package dan Stylish Package.

Praktikal

Antara yang akan menarik minat pengguna ialah, ruang but yang besar dengan muatan sehingga 508 liter. Nyata kereta ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Bukan itu sahaja, tempat duduk belakangnya juga boleh dilipat bagi mendapatkan ruangan yang lebih luas untuk muatan.

 

 

 

The post Perodua Bezza Nyata Berbeza appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment