Pereka Fesyen A-list Tempatan Pilihan Jelita

Golongan ini bukan sahaja merancakkan lagi ekonomi negara dalam industri fesyen, pereka-pereka fesyen yang berpengalaman cukup luas ini membuktikan Malaysia juga mampu melahirkan rekaan sentiasa segar dalam arus fesyen. Ikuti latar belakang mereka.
1. Datuk Jimmy Choo

TO GO WITH Lifestyle-fashion-footwear-JimmyChoo-IPO,INTERVIEW by HARUMI OZAWA In this picture taken on April 18, 2014, Malaysian designer Jimmy Choo poses with his one-off shoes using materials of Japan's Fukushima area during an interview with AFP in Fukushima. Choo spoke to AFP in Fukushima at the launch of a one-off range of shoes made using materials and techniques native to the area, which is still suffering the effects of the tsunami-sparked nuclear disaster of 2011, in a bid to boost the profile of local artisans. AFP PHOTO / TOSHIFUMI KITAMURA

Datuk Jimmy Choo mempunyai rangkaian jenamanya sendiri yang telah dikenali di serata dunia. Jenama Jimmy  Choo sering dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti seluruh dunia. Antara pelanggannya ialah Katie Holmes dan Natalie Imbruglia. Datuk Jimmy Choo berasal daripada keluarga tukang kasut dan mula membuat kasut seawal berumur 11 tahun. Membuka tapak perniagaannya di London pada tahun 1986 dan mula mendapat perhatian apabila mendapat liputan majalah Vogue pada tahun 1988. Kasut buatannya turut dipakai oleh Puteri Diana pada tahun 1990 dan pada tahun 1996 beliau mempunyai rangkaian barangan sendiri melalui Jimmy Choo Ltd.

2. Datuk Bernard Chandran

 BERNARD-CHANDRAN
Pereka fesyen tanah air yang sering mendapat perhatian kerana mempunyai raut wajah yang kacak selain berpengalaman luas dalam bidang fesyen. Datuk Bernard Chandran adalah seorang pereka fesyen berbakat daripada Paris American Academy. Pada tahun 2005, dia menampilkan rangkaian koleksi “Autumn/Winter 2006 Ready-To-Wear” yang pertamanya di London Fashion Weekend dan dari situ juga dia semakin dikenali. Artis antarabangsa yang mengenakan rekaan dia pada malam anugerah Grammy Award 2009 adalah Lady Gaga dan Estelle. Mungkin ramai yang tidak tahu, Datuk Bernard pernah menjadi juri jemputan dalam rancangan Britain Next Top Model, musim ke 6, episode ke 12 dimana top 3 model akan mengayakan fesyen rekaannya di London Fashion Week.

3. Datuk Farah Khan

farahkhan

Datuk Farah Khan adalah seorang pengiat fesyen yang banyak membantu meningkatkan taraf industri fesyen tanah air. Dia juga merupakan pengasas dan presiden bagi The Melium Group yang ditubuhkan pada 1989 bagi menguruskan industri retail untuk lebih 50 jenama antarabangsa dibawahnya. Selain merupakan seorang usahawanita yang berjaya, beliau juga merupakan pereka fesyen yang mewakili oleh jenama FARAH KHAN di mana koleksi ‘Spring/Summer 2008’nya terjual di lebih 31 bandaraya di dunia. Jenama fesyen Farah Khan turut mengadakan perkongsian strategik dengan  syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines bagi mereka semula kebaya ikonik dan pakaian seragam syarikat itu.

 

4. House of Toi by Zang Toi

zangtoi

Zang Toi merupakan graduan Malaysia di Parson’s School of Design yang menempatkan barisan pereka fesyen antarabangsa seperti Tom Ford, Marc Jacobs, Norman Rockwell dan Anna Sui . Label ‘ The House of Toi’ ditubuhkan di kota raya New York pada 1989 yang menawarkan dress moden, persalinan suit dan sarongs. Kini, ‘The House of Toi’ mengembangkan kreativitinya kepada pembuatan tali pinggang, beg tangan dan kasut. Zang Toi dikenali dengan rangkaian barangan samada dari ‘House of Toi’ atau ‘Z collection’.

 

5. Rizalman

FB-RIZALMAN.jpg2_

Rizalman terkenal bermula dengan menjahit baju kurung dan menjualnya ke pejabat-pejabat kerajaan sekitar Kuala Lumpur.Meniti kejayaannya sebagai salah seorang pereka gaun pengantin tersohor tanah air, Rizalman Ibrahim dilihat sebagai pereka fesyen yang berbakat luar biasa dan keberaniannya dalam berkarya dijulang. Kini, dia mengembangkan bakatnya bukan hanya dalam seni reka fesyen sahaja tetapi dalam lapangan hiasan dalaman dan seni bina majlis dan upacara.

The post Pereka Fesyen A-list Tempatan Pilihan Jelita appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment