Tiada angin tiada ribut tup tup kini hangat tentang berita penceraian pelakon dan penerbit popular Dira Abu Zahar. Mana tidaknya, Dira dan suaminya tidak pernah dilanda kontroversi, lebih-lebih lagi yang melibatkan rumah tangga.
PELAKON DIRA ABU ZAHAR DICERAIKAN SUAMI | Lebih menyedihkan, menurut sumber Dira diceraikan pada awal Ramadan yang lalu. Yang tak sedapnya, Dira dimasukkan ke hospital pada malam dia diceraikan kerana ‘depressed’. Dira telah ditahan di hospital selama seminggu kerana kemurungan, mungkin kerana tidak dapat menerima sebab dia diceraikan.
Perselisihan faham antara Dira dan suaminya, Helmi Yusof dikatakan berpunca dari penajaan filem Bikers Kental sehingga timbul beberapa isu dan akhirnya berlaku perbalahan besar sehingga runtuhnya rumah tangga yang dibina selepas 5 tahun.
Menurut sumber itu lagi, Dira dan Helmi kini tidak pernah menghubungi antara satu dengan yang lain.
Tidak mengapalah, mungkin Dira dan Helmi memerlukan ruang untuk memperbaiki kesilapan masing-masing. Siapa tahu jodoh mereka kembali bertaut seperti pelakon Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Dira dan Helmi selamat diijabkabul pada 11 November 2011 di Merlimau, Melaka.
Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash dan dikurniakan seorang anak perempuan Tengku Anggun Deandra.
Sumber Astro Gempak
0 comments :
Post a Comment