Pasta Tomato

Jelita Pasta Tomato

Foto: ING Image

Ada kalanya anda tidak cukup masa untuk menyiapkan hidangan lauk pauk lengkap terutama untuk makan malam. Mungkin resipi ringkas ini dapat penuhi selera keluarga dan juga mengeyangkan serta mudah untuk disediakan. Selamat memasak!

 

Bahan-bahan:

1 paket pasta (spagetti, angel hair, fussili, makaroni atau fettucini) – direbus ala dente dan tos

1oo gram daging lembu atau ayam (dipotong dadu)

1 biji bawang besar (didadu)

5 ulas bawang putih (didadu)

1 biji tomato (didadu)

1 sudu teh cili boh (jika mahu dan tambah jika mahu lebih pedas)

4 sudu besar puri tomato

4 sudu besar tomato sos

1 kiub perencah ayam

5 sudu besar minyak masak

2 cawan air

Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh dan gaul hingga masak. Kemudian masukkan daging/ayam dan kacau hingga masak rata.
  3. Masukkan tomato yang didadu tadi dan gaul mesra.
  4. Setelah tomato masa rata, masukkan puri tomato dan sos tomato. Gaul dan masukkan air. Kemudian masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
  5. Gaul sebati. Hidangkan bersama pasta.

Nota: Anda juga boleh ganti daging atau ayam dengan makanan laut seperti udang atau sotong. Tambah sayur seperti mix vegetable atau brokoli rebus.

The post Pasta Tomato appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment