Bawa si kecil pergi bercuti? Sudah tentu tiada salahnya, terutama anda dan pasangan yang akan bertanggungjawab sepenuhnya akan kesihatan dan keselamatannya. Namun, ada baiknya anda mengambil langkah sewajarnya untuk menghindari perkara tidak diingini terutama daripada dijangkiti penyakit.
ING Image/Click Photos
Almaklum sajalah, bila membawanya melancong atau ke persekitaran yang luar daripada suasana biasa, faktor perubahan cuaca malah terdedah kepada pelbagai jenis kuman boleh menyebabkan si kecil jatuh sakit. Bila dia mula tidak rasa selesa, maka anda perlu mengambil tindakan segera dan percutian dirancang mungkin tidak menjadi segembira yang diingini.
Ketahui panduan bila membawa si kecil pergi bercuti;
BILAKAH SI KECIL BERSEDIA UNTUK DIBAWA BERCUTI?
Biasanya ini akan membabitkan naluri dan common sense anda. Sebelum pergi bercuti yang panjang di luar kawasan, apa kata permudahkan si kecil untuk serasi dengan persekitaran dengan menolaknya dalam kereta sorong ke taman permainan berdekatan atau bawa ke pusat membeli-belah.
Pastikan juga si kecil berpakaian yang bersesuaian kerana sesetengah ibu bapa suka membiarkan anak overdress atau underdress. Contoh, tidak berstoking bila berada dalam suasana sejuk dek pendingin hawa. Kasihan si kecil kembung perut pula nanti.
SELAMATKAH BAWA SI KECIL NAIK PESAWAT?
Ketahui apa yang ditentukan syarikat penerbangan, sama ada anak ada masih terlalu kecil untuk menaiki pesawat atau mereka sediakan kerusi yang lebih selesa untuk ibu yang memegang anak kecil, contohnya. Biasanya, untuk bayi yang baru lahir sehingga umur dua minggu, syarikat penerbangan akan meminta surat daripada doktor untuk mengesahkan yang anda dan bayi cukup kuat untuk melalui tempoh penerbangan.
Anda perlu merancang lebih awal dengan mengambil kira banyak perkara – anda tentu tidak mahu duduk di tepi tingkap dengan si kecil, manalah tahu dia meragam dan anda perlu ke tandas. Atau adakah anda perlu membawa naik susu tepung untuk dibancuh di atas pesawat? Cukupkan lampin pakai buang yang dibawa? Berapa banyak tisu basah perlu dibawa?
Walaupun si kecil tidak memerlukan kerusi sendiri dalam pesawat, tetapi dia memerlukan tiket dan pasport sendiri untuk menaiki pesawat ke luar negara.
ING Image/Click Photos
TIP PASTIKAN ANAK SELESA DALAM PESAWAT ATAU BILA BERJALAN JAUH:
a. Susukannya sewaktu pesawat berlepas dan mendarat kerana ia dapat membantu telinganya untuk tahan tekanan.
b. Jangan lupa bawa putingnya, jika si kecil jenis menghisap. Kalau boleh, bawa juga yang spare.
c. Penerbangan atau perjalanan malam adalah waktu terbaik jika anak anda masih kecil. Satu, tidak mengganggu rutin tidurnya dan dua, tidaklah terlalu panas berbanding memandu pada waktu siang.
d. Biasanya dalam perjalanan jauh, si kecil mungkin mahu mengudap atau cepat lapar. Jadi sediakan kudapan berkhasiat seperti buah-buahan atau air jus kotak untuk dalam perjalanan.
e. Jika anda dalam pesawat dan si kecil mula meragam, bawanya berjalan untuk ubah angin dan jika perlukan bantuan, usah segan memintanya daripada krew pesawat.
f. Elakkan daripada membiarkan orang tidak dikenali atau sesiapa saja daripada memeluk cium anak anda. Manalah tahu jika orang itu sedang mahu pulih daripada selesema atau penyakit berjangkit lain. Tidak fasal pula anak anda yang dijangkiti. Cara mudah untuk menolak? “Maaf ya, anak saya baru baik daripada selesema. Saya akan rasa bersalah jika anda pula dijangkitinya.”
The post Panduan Bawa Si Kecil Pergi Bercuti appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment