Pelakon Nora Danish, 34 akhirnya mengesahkan bakal berkahwin dengan teman lelakinya, Nedim Nazri, 33 dalam tahun ini juga. Bagaimanapun tarikh pernikahan masih belum ditetapkan lagi.
Menurut Nora walaupun sedang sibuk dengan kerjaya lakonan dan perniagaannya, namun dia masih mempunyai masa untuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Nora yang sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Rizal Ashram atau Jejai pada Jun 2006 bagaimanapun berpisah dua tahun selepas itu dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putera Rayqal. Oleh kerana ini merupakan perkahwinan Nora buat kali kedua, dia tidak merancang untuk membuat majlis secara besar-besaran.
Tambah Nora, dia mengimpikan majlis yang sederhana dan membayangkan Bali, Indonesia sebagai lokasi hari bahagianya itu. Nora berkata, bagaimanapun dia dan Nedim hanya merancang dan berharap para peminatnya mendoakan yang terbaik buat mereka. Hubungan yang telah terjalin selama lebih tiga tahun itu bagaimanapun tidak terlepas daripada ujian apabila mereka sebelum ini pernah dilaporkan berpisah sekejap.
Nora menyifatkan Nedim seorang lelaki yang bertanggungjawab dan memahami diri dan kerjayanya sebagai seorang selebriti. Malah Nedim selalu menyokong dan berada disampingnya ketika sudah dan senang.
Dalam perkembangan lain, Nora yang juga duta produk Safi Rania Gold baru sahaja selesai menjalani penggambaran muzik video ‘Raniaku’ bersama pelakon Remy Ishak di Uluwatu, Bali selama enam hari. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Aizat Amdan dan membabitkan kos sekitar RM500,000.
Foto: http://ift.tt/1eKqTwT
Video: Youtube.com
The post Nora Danish Dan Nedim Mahu Bersederhana appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment