Neelofa Terima Hadiah Kereta Mewah Baru

Bintang Paling Popular 2015 – Neelofa semalam menerima hadiah utama kategori itu iaitu sebuah kereta Volkswagen Passat R-Line Special bernilai RM173,888. Neelofa yang juga pemenang untuk kategori Pengacara Paling Popular di ABPBH ke 29 itu meraih sebanyak 212,829 undian seterusnya menewaskan pesaing terdekatnya Mira Filzah dan Shaheizy Sam.

neelofa

Majlis penyerahan kunci dan kereta tersebut yang diadakan Di Pusat 3S Volkswagen, Sri Hartamas itu disempurnakan oleh Pengarah Jualan dan Rangkaian, Volkswagen Group Malaysia, Roland Ooi, Sebagai rekod, Neelofa memadamkan kemarau selebriti wanita merangkul Anugerah Bintang Popular sejak Datuk Siti Nurhaliza pada tahun 2009 selepas kali terakhir didominasi oleh selebriti lelaki.

Dalam perkembangan lain, Neelofa turut merancang mengerjakan ibadah haji bersama keluarganya tahun ini selepas pernah menunaikan umrah pada Mac tahun lalu. Dalam pada itu, Neelofa juga akan memberi fokus kepada karier seninya sepanjang enam bulan ini termasuk tampil dengan beberapa program sendiri secara dalam talian. Sepanjang Ramadan lalu, Neelofa telah tampil dengan video masakan yang boleh disaksikan menerusi ‘NeelofaTV’ di laman Youtube dan Instagramnya.

neelofa

Bercerita mengenai perniagaan, selain daripada rangkain tudung Nealofar Hijab, dia juga telah tampil dengan haruman dan beg tangan dibawah jenamanya sendiri iaitu Neelofa. Dalam waktu terdekat ini juga Neelofa bakal kembali ke set penggambaran untuk drama bersiri arahan Michael Ang dan mungkin akan digandingkan dengan pelakon kacak, Fattah Amin. Peminat Neelofa kini boleh mengikuti perkembangannya di laman sosial seperti Youtube dan Neelofa juga bakal tampil dengan pelbagai program termasuk rancangan yang mengisahkan aktiviti hariannya secara dalam talian.

neelofa

Terdahulu, Neelofa turut mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan berhenti mengikuti (unfollow) beberapa rakan artis di Instagram sehingga membuatkan mereka terasa hati dengannya. Menurut Neelofa dia berbuat demikian sebagai usaha membiasakan diri untuk tidak berfikiran negatif terhadap apa yang dilihat di Instagram. Dia juga mengakui semakin tenang apabila tidak ada lagi terdetik perasaan buruk sangka terhadap mana-mana gambar yang dimuat naik. Bagaimanapun Neelofa berkata tidak bermakna persahabatan mereka terputus begitu sahaja hanya kerana dia tidak mengikuti mereka di Instagram. Neelofa kini mempunyai lebih 3.2 pengikut dan mengikuti lebih 800 akaun di Instagram.

Foto: http://ift.tt/2ayQp1A

 

 

The post Neelofa Terima Hadiah Kereta Mewah Baru appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment