Lasagna Seafood
Saiz Hidangan: 2 Orang
Tempoh Penyediaan: 30 Minit
BAHAN-BAHAN
18 kepingan kulit lasagna
500g keju parut
Béchamel Sauce (sos putih)
½ biji bawang Holland
500ml krim memasak
100ml susu
1 keping daun bay
Spicy Seafood Filling
500g makanan laut
100g cili kering
100g bawang merah
50g bawang putih
300g cendawan
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMBUATNYA
1. Rendam kepingan kulit lasagna di dalam air selama 30 minit.
2. Untuk sos Béchamel, layukan bawang Holland dalam kuali dengan satu sudu teh minyak hingga naik bau. Kemudian tuangkan krim masakan, susu dan daun bay. Masak hingga sos pekat.
3. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih. Tumis campuran hingga naik minyak. Tuangkan sos cili dan sos tomato dan masak hingga sempurna.
4. Campurkan cendawan dan makanan laut ke dalam sos. Perasakan dengan garam dan lada mengikut cita rasa.
5. Sediakan bekas yang kecil dan lapiskan terlebih dahulu dengan sekeping kulit lasagna.
6. Kemudian, lapiskan kulit lasagna itu dengan sos Béchamel. Seterusnya, letakkan isi makanan laut. Selepas itu, tambahkan keju parut mengikut cita rasa.
7. Ulang langkah 8 ke 11 hingga hidangan penuh. Setelah itu, bakar lasagna di dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 180°C.
Foto: 123rf.com
The post Masak Lasagna Seafood Dalam Masa Yang Singkat appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment