Jenama kosmetik terbaru di bawah AmorePacific Malaysia, Mamonde kini telah dilancarkan di Malaysia menerusi kaunter pertamanya di AEON 1 Utama.
Dengan keluasan 315 kaki persegi, kaunter Mamonde ini menawarkan 140 produk daripada 32 kategori produk merangkumi penjagaan kulit, alat solek, penjagaan tangan juga untuk rambut. Selain jualan produk, kaunter ini turut menawarkan urutan tangan Flower Touch secara percuma dengan menawarkan tujuh krim tangan berbeza sebagai sebahagian daripada konsultasi kulit.
Mamonde yang mengetengahkan properti terapeutik bunga-bungaan mahu memastikan yang semua pelanggannya dapat menikmati dan mempelajari sains bungaan Mamonde di Sudut Alami Bunganya. Sudut ini turut berfungsi sebagai kawasan aromaterapi bunga di mana pelanggan boleh ‘berhenti dan menghidu bunga’ untuk merelakskan minda dengan haruman yang menenangkan.
Menurut Celine Diong, Pengurus Besar Jenama Mamonde Malaysia, jenama baru ini yang memperoleh inspirasi daripada bunga dijangka mengujakan pasaran kosmetik dengan konsep unik serta harga yang cukup berpatutan. Produknya dijual antara harga RM6 sehingga RM169, menjadikannya barangan yang paling mampu dimiliki oleh semua wanita.
“Mamonde adalah jenama penjagaan kulit pertama sejenis dengannya yang menggunakan hanya bunga-bungaan sebagai bahan utama bersama bahan-bahan semula jadi lain dalam formulasinya. AmorePacific telah berbelanja besar dalam R&D (penyelidikan dan pembangunan) untuk memastikan keberkesanan produk di bawah Mamonde dan produk ini adalah lembut pada kulit, seperti karekteristik bunga itu sendiri,” katanya.
Sementara itu, Mamonde mensasar untuk membuka tiga lagi kaunter menjelang hujung tahun dengan kaunter kedua bakal menemui anda di AEON Mid Valley Megamall September ini.
Pada acara pelancaran berkenaan, Mamonde Malaysia turut memperkenalkan duta jenama – Park Shin Hye – aktres popular Korea yang memegang watak utama dalam drama seperti The Heirs, Pinochio dan juga Doctors. Park menerusi video telah memberi kata-kata tahniah dan ucapan, malah memberitahu bakal ke Malaysia pada Oktober nanti.
Bagi peminat Park, anda berpeluang untuk berjumpa dengannya apabila membeli Park Shin Hye First Energy Lucky Box yang mengandungi Essence dan Serum, yang mengandungi 70 pas untuk dimenangi bagi sesi bertemu peminat Oktober nanti.
Sempena pelancaran rasmi ini, Mamonde turut menawarkan set hadiah 8-produk dengan setiap pembelian RM350, keahlian percuma Mamonde dengan pembelian mana-mana produk Mamonde dan banyak lagi tarikan lain di kaunter ini.
The post Mamonde Kini di Malaysia! appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment