Makanan Sihat Bawa Mudarat

Tidak salah jika anda ingin mengamalkan pemakanan yang sihat. Namun harus diingat makanan sihat juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan dalam tidak sedar. Jika sering diamalkan boleh mengakibatkan peningkatan kadar kolesterol dalam darah hingga anda berisiko menghidap pelbagai jenis penyakit.

Kacang
Kacang makanan yang sarat nutrisi, mineral, vitamin dan protein. Tapi hakikatnya kacang juga mengandungi lemak dan menyumbang 600 kalori untuk setiap 100 gram kacang yang dimakan. Jadikan kacang sebagai makanan tambahan dan jangan makan terlau banyak.

mix nuts
Sushi
Penggemar sushi harus berhati-hati. Sayuran dan rumpai laut memang tersenarai sebagai makanan rendah kalori. Namun campuran krim keju atau mayones di dalam segulung sushi mengandung 500-600 kalori. Apabila ditambah kicap membuatkan kadar kalori bertambah kerana kandungan sodium yang membuat anda ingin terus minum dan makan.
Cara terbaik, carilah sushi yang diperbuat daripada ikan, beras, rumpai laut atau sayuran. Elakkan yang mengandungi krim dan pilih yang banyak menggunakan bahan protein.

02J72189

Buah kering
Buah yang dikeringkan ternyata mengandungi kalori lebih banyak dibandingkan buah segar. Hal ini kerana buah-buahan yang dikeringkan melalui proses pengeringan yang menjadikannya lebih padat. Contoh, anggur segar memiliki 60 kalori per gelas, sedangkan kismis (anggur yang dikeringkan) memiliki 460 kalori. Mlaah ada juga buah-buahan kering yang menggunakan gula tambahan hingga mengakibatkan kandungan kalorinya lebih tinggi.

dried fruits

Granola
Menu sarapan sihat yang terdiri daripada kacang dan gandum ini ternyata memiliki 500  kalori semangkuk dan 28 gram lemak sebelum ditambah susu. Sebaiknya pilihlah bijirin sarapan pagi dengan nutrisi ama namun kurang minyak dan gula.

sarapan

Minyak zaitun
Minyak zaitun sebaiknya tidak digunakan untuk memasak kerana khasiatnya akan hilang pada suhu tinggi. Seeloknya digunakan sebagai kuah salad. Jika ingin menggunakannya untuk memasak, jaga agar suhu antara 93 ºC hingga kurang daripada 200ºC. Perlu diingat, satu camca besar minyak zaitun mengandungi 135 kalori.

Dadih
Dengan makan dadih berperisa, secara tidak langsung anda telah mengambil sebanyak 15g gula iaitu sama dengan empat camca teh gula. Pilihlah dadih rendah lemak atau tanpa rasa, kemudian campurkan dengan satu camca teh madu atau dengan buah-buahan segar.

Small jars with homemade yogurt with berries

The post Makanan Sihat Bawa Mudarat appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment