Tahukah anda, motif dan corak songket diilhamkan dari tumbuhan sekeliling kita?
Penenun-penenun tradisional yang berasal dari kampung kebiasaannya mengilhamkan tanaman dan pokok buah-buahan di sekeliling mereka. Penghasilan motif pada songket memerlukan daya imaginasi serta pemerhatian yang tajam untuk menghasilkan motif songket yang cantik. Kebanyakkan motif songket datangnya dari nama-nama pokok dan sesetengah motif songket datangnya daripada nama kuih Melayu seperti ‘seri kaya’, ‘wajik’ dan ‘tepung talam’. Terdapat lebih dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung. Kadang-kadang motif yang sama namun mempunyai nama yang berbeza. Sebagai contoh motif ‘bunga bintang’ di negeri Kelantan, ‘tapak sulaiman’ di negeri Sarawak.
Meskipun songket mempunyai corak benang yang rumit, permintaan songket amat tinggi dan pemasaran songket juga popular di luar negara. Jika diimbas dari sudut sejarah, songket hanya dipakai golongan bangsawan, keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Ini kerana kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang. Kini, songket di komersialkan menjadi baju pengantin, sampin baju melayu mahupun busana kurung harian.
Antara corak songket yang popular termasuklah:
The post Kenali Motif Dan Corak Songket appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment