Justin Bieber Hamilkan Kourtney Kardashian?

 

Pictured: Kourtney Kardashian, Justin Bieber Mandatory Credit © DRILA/Broadimage Kourtney Kardashian and Justin Bieber leaving The Nice Guy together in West Hollywood 10/9/15, West Hollywood, California, United States of America Broadimage Newswire Los Angeles 1+ (310) 301-1027 New York 1+ (646) 827-9134 sales@broadimage.com http://ift.tt/1dqcXdL

Gambar : TPGimages

 

Siapa yang tidak kenal dengan keluarga tersohor Hollywood, kardashian. Kisah kehidupan mereka sering saja menjadi perhatian media sejak muncul menerusi siri reality mereka sendiri.

 

Terbaru, khabar yang sedang hangat diperkatakan ialah Kourtney Kardashian sedang hamil anak ke-4. Namun, identiti bapa kepada kandungannya itu masih kekal misteri. Umum tahu yang Kourtney belum lagi berkahwin biarpun sebelum ini dia pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Scott Disick.

 

Majoriti peminat membuat jangkaan yang bapa kepada kandungan kali ini adalah bekas kekasihnya Scott, namun dikhabarkan juga yang kebelakangan ini Kourtney sering menghabiskan waktu bersama bintang muda, Justin Bieber, yang mana dirinya terlalu menginginkan untuk menjadi seorang bapa menurut satu sumber yang berkongsi kenyataan itu kepada laman web popular di Amerika Syarikat, Life & Style.

 

1

Gambar : www.dailymail.co.uk

 

Hasil hubungan Kourtney dan Scott sebelum ini, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mason Dash, Reign Aston dan Penelope Scotland.

 

“Justin terlalu menginginkan untuk mempunyai seorang anak dengan Kourtney. Mereka juga pernah membuat jenaka tentang menjadi ibu bapa kepada mini Bieber,” kata sumber terdekat penyanyi terkenal itu.

 

Namun tidak semua orang gembira mendengar gosip hangat ini.

 

“Scott sangat marah dan sering mengajukan persoalan kenapa Kourtney bertemu dengan Bieber. Kourtney sering menyatakan kepada semua orang yang Justin ‘just a hookup’ dan terlalu muda untuk sesebuah perhubungan yang serius,” tambah sumber tersebut kepada laman itu.

 

Buat masa ini, terlalu banyak cerita pelbagai versi tanpa sebarang bukti sahih.

 

“Ujian paternity adalah jawapan segalanya, tetapi ia adalah jalan yang paling terakhir yang Kourtney akan lakukan,” tambah sumber tersebut lagi.

 

Laporan Aceshowbiz pula menulis bahawa sumber terdekat menyatakan yang Bieber dan Scott masing-masing mahukan anak tersebut sekiranya kandungan tersebut hasil dari hubungannya dengan Kourtney.

 

Bahkan, Scott juga dikatakan berharap yang bayi itu dapat membantu dalam memulih hubungannya dengan Kourtney jika terbukti sah yang itu adalah hasil perhubungannya bersama ahli keluarga Kardashian itu.

 

 

 

 

The post Justin Bieber Hamilkan Kourtney Kardashian? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment