Lain daripada lain, Jelita memperkenalkan Edisi Pembaca sempena Ogos ini dengan menampilkan tiga pembaca yang dipilih menerusi undian di web jelita.com.my. Datang daripada latar belakang berbeza, ketiga-tiga mereka berkongsi mengenai waja diri dan kekuatan menjadi wanita alaf ini, memberi inspirasi buat anda. Juga dalam edisi ini, topik pilihan anda yang turut diundi menerusi tinjauan pendapat di web dikupas dalam ruangan kecantikan, fesyen malah rencana serta resipi. Anda juga boleh pelajari tutorial penggunaan BB Cushion dalam ruangan Dari Pakar menerusi video di Jelita TV secara eksklusif. Ketahui panduan lengkap berpantang sendiri serta sejarah hitam seorang wanita yang meringkok di penjara akibat bersubahat membiarkan anak mati didera suami. Selain itu, anda berpeluang memenangi produk kecantikan bernilai RM30,000 secara percuma menerusi Promosi hebat bulan ini.
The post Jelita Ogos 2016 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment