Hampir seminggu berdiam diri selepas berita perkahwinan kedua dengan janda anak satu terbongkar, pelakon Adi Putra akhirnya tampil menjelaskan apa dilakukannya itu bukan satu dosa. Adi berkata, dia akan memberi penjelasan berhubung cerita berkenaan dalam masa terdekat.
“Kepada semua sahabat rakan media, saya akan maklumkan untuk sidang media untuk perkongsian dan bukan penjelasan sebab apa yang berlaku bukan satu dosa. Terima kasih,” kata Adi.
Adi berkata, dia meminta pihak yang mendedahkan berita pernikahannya itu agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya dan akan mengambil tindakan.
Terdahulu foto perkahwinan kedua Adi telah tersebar pada Sabtu lalu yang antara lain mengaitkan perkahwinan rahsianya dengan seorang wanita berusia 33 tahun, seorang janda anak satu. Akhbar melaporkan mereka berkahwin pada Ramadan lalu iaitu 19 Jun lepas.
0 comments :
Post a Comment