Pelakon Nora Danish menolak dakwaan sudah berkahwin secara rahsia bersama kekasihnya Nedim Nazri seperti yang diperkatakan pelayar laman sosial.
Dakwaan tersebut timbul selepas Nedim memuat naik sekeping foto mesranya bersama Nora di akaun Instagram (IG) @boss_ned pada 8 Julai lalu.
Nora ketika ditanya mengenai perkara tersebut berkata, dakwaan sudah bernikah secara rahsia adalah tidak benar sama sekali.
“Saya dan Nedim masih belum berkahwin. Saya akan beritahu kepada semua jika sudah bergelar isteri kepada Nedim.
“Bagaimanapun, saya tidak nafikan kami sudah mempunyai perancangan untuk mengakhiri hubungan kami di jinjang pelamin pada tahun ini,” katanya.
Tambahnya lagi, dia dan Nedim turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Bali, Indonesia.
“Perkahwinan pantai itu memang idaman saya. Kami akan mengadakan resepsi di Bali tetapi majlis di Kuala Lumpur juga akan diadakan, Insya-Allah,” katanya.
0 comments :
Post a Comment