Buah mangga kaya dengan serat dan vitamin seperti Vitamin A, C dan B6. Bukan sekadar buah yang lazat, tetapi kebaikannya untuk tubuh anda tidak dapat disangkalkan.
Mencerahkan Kulit
Pastinya ini jadi idaman setiap wanita dan ia secara semula jadi. Pori wajah dikatakan jadi lebih
bersih dan boleh menjauhi jerawat, justeru kulit akan jadi lebih cerah dan sihat. Potong mangga kepada beberapa kepingan kecil dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit dan biarkan lenihan jus mangga di wajah anda selama 10-15 minit. Bilas wajah dengan air suam dan keringkan dengna tuala bersih.
Mengurangkan Angka Kolesterol
Disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi, ia mampu mendetoks darah daripada unsur tidak penting seperti kolesterol.
Menambah Keinginan Seksual
Kadar kandungan vitamin E di dalam mangga mencetus hormon kegembiraan lantas menambah keghairahan seks, bolehlah dimakan setiap hari.
Melenyapkan Panas Badan
Inilah dia pendingin hawa tubuh secara semula jadi. Panas dalam biasanya disebabkan oleh ginjal dibebani cuaca yang panas. Bila memakan mangga, anda mampu meneutralkan suhu dalam ginjal anda. Cuba resipi jus mangga yang menyegarkan dengan kisar potongan mangga yang dicampur dengan ketulan ais dan yogurt.
Membuat Mata Lebih Cerah
Jika anda minum secawan jus mangga setiap hari, ia akan mengurangkan tekanan pada mata kerana ia kaya dengan vitamin A. Mata akan kurang rasa lembap. Pengambilan mangga dengan teratur juga mengurang kekeringan mata dan meningkatkan pandangan waktu malam.
Membaiki Sistem Pencernaan
Disebabkan ia juga padat kandungan serat, sudah tentu mudah untuk anda menyingkir bahan tidak diingini dengan lebih baik. Mangga juga membuatkan anda terasa kenyang dan kandungan fiber yang tinggi membantu tubuh membakar lebihan kalori. Boleh kuruslah macamni! Malah mangga juga dipercayai membantu mengurangkan masalah batu karang.
Foto: 123rf.com
The post Enam Manfaat Buah Mangga Untuk Tubuh Anda appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment