DIRA ABU ZAHAR AKHIRNYA ULAS GOSIP SUDAH BERCERAI?

dirabz1Terdahulu, pelakon Dira Abu Zahar dilaporkan sudah bercerai pada awal Ramadan lalu dengan pengarah fotografi Helmi Yusof.  Dia juga dikatakan mengalami tekanan hingga dirawat di hospital akibat mengalami tekanan dan kemurungan. Dira, bagaimanapun, menafikan perkara tersebut dan menganggap ia sekadar salah faham.

“Seperti kenyataan saya sebelum ini, kami hanya gaduh biasa sahaja. Biasalah suami isteri mana tidak bergaduh,” ujarnya.

Dira juga memberitahu beliau sudah menjangka status hubungan rumah tangganya akan dipersoalkan berikutan kedua-dua mereka jarang menunjukkan kebahagiaan di laman sosial.

Dira berkata, mereka mempunyai pendirian sendiri untuk menjadikan hubungan suami isteri lebih bersifat privasi dan jarang muncul bersama-sama di mana-mana majlis.

“Saya sudah jangka akan timbul isu berpisah ini kerana saya dan suami suka buat hal masing-masing sejak berkahwin lagi dan kalau mahu lihat gambar mesra hanya pada hari perkahwinan sahaja.

“Suami saya tidak suka dikaitkan dengan dunia popular, dia cukup tidak suka kalau media mahu temuramah dia bertanya tentang bagaimana menjadi suami saya sejak awal perkahwinan lagi,” ujarnya yang turut menambah dia bukanlah selebriti yang gemar menunjuk-nunjuk tentang kebahagiaan keluarga untuk tujuan tertentu.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment