Terbukti, belaian kasih sayang berbentuk ciuman dan sentuhan daripada ibu bapa kepada anak-anak merapatkan hubungan kekeluargaan dan membuat anak jadi lebih tenang dan dengar cakap.
INGImage/Click Photos
Selain itu, kata-kata positif dan memberi semangat turut memainkan peranan penting dalam membina kendiri anak yang cemerlang. Apatah lagi amalan sedemikian mampu membuat anak lebih hormat kepada ibu bapanya.
Sesibuk mana anda dalam tugasan serta tuntutan harian, luangkan masa untuk membelai anak dengan tumpuan sepenuhnya.
Di sini, Jelita kongsikan empat tempat bapa dan ibu boleh cium pada anaknya. Amalkannya setiap hari.
Mengikut saranan doktor Psikologi kepada ibu bapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak anda.
4 ciuman berkenaan adalah:
1. Pertama di ubun sebagai menunjukkan rasa bangga anda terhadap anak. sambil itu, doakan agar anak menjadi insan yang soleh.
2. Kedua adalah di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Baginda Rasulullah SAW pernah mencium anaknya, Fatimah RA di dahi beliau.
3. Ketiga adalah di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) anda terhadap si anak.
4. Keempat adalah pada tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah SAW juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah RA.
Perhatian: Ciuman di mulut hanya khas untuk isteri sahaja.
Manakala 5 Sentuhan yang anda boleh amalkan adalah:
1. Mengosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok atas kepala atau ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) terhadap anak.
4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memgang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.
Tambahan: Gosok di dada, bila perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.
(dipetik daripada perkongsian di Facebook)
The post Ciuman Dan Sentuhan Yang Menenangkan Anak appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment