Walaupun tidak wajar dibeza-bezakan, tetapi ada bezanya cara besarkan anak remaja lelaki berbanding dengan perempuan.
INGImage/Click Photo
Biasanya, ibu bapa paling rungsingkan cara membesarkan anak remaja perempuan kerana menganggap anak remaja lelaki lebih mudah berdikari dan tahu membawa diri. Tetapi untuk sampai ke tahap itu, anda sebagai ibu bapa perlu tahu cara dan kaedah yang boleh dimanfaatkan dalam membesarkan anak remaja lelaki.
Jelita terbaca komen seorang bapa, Baharuddin Mohamed di Facebook yang telah berkongsi cara membesarkan anak remaja lelaki berdasarkan pengalamannya dengan anak terunanya yang kini sedang menuntut dalam tingkatan 3 dan bakal menduduki peperiksaan PT3.
Susulan perkongsiannya, post Baharuddin mendapat lebih 2,800 shares di Facebook dan lebih 18,000 likes.
Ikuti tip dan luahan bapa ini di sini:
Ini anak sulong saya Irfan, tahun ni ambil PT-3. Alhamdulilah, Irfan memang jaga solatnya. Tak perlu sentiasa saya ingatkan. Sesekali kalau ikut catering pun dia akan jaga solatnya. Ini gambar curi, tersentuh hati saya bila melihat gambar ni. Moga Ifran jadi anak yang soleh.
.
Doakan anak kita, sayangi dia seadanya. Irfan hero saya, Irfan jadi kawan saya. Dah besar dah anak ayah. Dia pernah dapat nombor satu dalam kelasnya. Dia pernah menanggis kerana dapat nombor terakhir dalam peperiksaannya. Saya angkat tangannya bila dia jatuh.
.
Tip Jaga Anak Remaja Lelaki
======================
.
1. Tak boleh garang memanjang dengan mereka, perlu jadi kawan.
.
2. Mereka kurang pandai mengurus dan mengatur hidup mereka, plankan hidup mereka dari awal. Tentukan target mereka jangka pendik dan jangka panjang.
.
3. Berikan tanggungjawab pada mereka. Mereka akan belajar pikul tanggungjawab sebagai anak lelaki.
.
4. Selalu berikan nasihat melalui tauladan supaya mereka lihat depan mata.
.
5. Jangan terlalu diberi kebebasan untuk membuat keputusan. Mereka remaja selalunya akan membuat keputusan mengikut emosi. Jaga gerak geri mereka, kita ibu bapa perlu berkawan dengan kawan-kawan anak kita.
.
#TipAyahRamaiAnak
The post Cara Besarkan Anak Remaja Lelaki appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment