Nampaknya gosip mengenai hubungan percintaan dan perkahwinan antara Amar Baharin dan Amyra Rosli masih hangat diperkatakan.
Sebelum ini mereka dikatakan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan November depan.
Terbaru menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, ada sumber memberitahu pasangan ini bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini. Malah, Amar juga sudah berlatih memanggil ibu Amyra dengan panggilan “Mama”.
Ibu Amyra dan Amar sememangnya agak rapat apatah lagi ibu Amyra turut menguruskan kerjaya seni Amar. Berikut antara petikan kenyataan daripada Cik Pang :-
Kalau sudah buka mulut panggil ibu Amyra itu dengan panggilan mama sekuat hati di hadapan orang ramai, bermakna dia sudah tidak kisah kalau orang tahu yang dia memang rapat dan memang benar ibu Amyra nanti akan menjadi ibu mentuanya.
Sejauh mana kebenaran berita ini tidak diketahui, tetapi harapnya Amar dan Amyra boleh buat penjelasan lanjut mengenai status sebenar hubungan mereka. Iyalah, sudah beberapa kali juga mereka dihimpit dengan gosip percintaan dan pernikahan.
0 comments :
Post a Comment