AAISYAH DHIA RANA DAPAT TAWARAN JADI DUTA HAMPIR 20 PRODUK TAPI ROZITA CHE WAN TOLAK?

Rozita Che Wan FamilyAktres Rozita Che Wan tidak pernah menggunakan wang pendapatan yang diterima anaknya Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia 18 bulan.

Rozita berkata, dia menyimpan semua wang yang diperoleh Aaisyah dalam akaun peribadi kanak-kanak berkenaan untuk kegunaan masa depannya.

“Kami tidak pernah sentuh sedikit pun duit yang dia dapat kerana semua telah dimasukkan terus ke dalam akaun peribadinya.

“Apa yang dia dapat itu saya tidak anggap dia bekerja sebaliknya sebagai rezekinya yang sentiasa murah sejak dilahirkan,” ujarnya yang ditemui pada majlis perlantikan Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me.

Dalam pada itu, Rozita berkata,  dia menerima tawaran produk mandian organik tersebut berikutan komitmen yang perlu diberikan tidak terlalu banyak dan membebankan anaknya itu.

“Aaisyah banyak terima tawaran untuk jadi duta produk hampir 20 produk tetapi terpaksa ditolak kerana mengambil kira komitmen yang perlu dilakukan.

“Kalau boleh saya tidak mahu komitmen yang membebankan dan membuatkan dia penat. Produk tu juga mestilah yang bagus dan tidak berbahaya,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kanak-kanak itu, Rozita berkata, Aaisyah kini sudah pandai bercakap dan gemar bergaya. Dia juga sudah membeli dua beg tangan untuk kanak-kanak itu.

“Dia tidak suka mainan dan di rumah kami tidak ada mainan. Jika bawa dia ke tempat menjual mainan dia tidak ada reaksi.

“Aaisyah lebih teruja kalau bawa ke kedai beg tangan. Selain itu, saya juga tidak ajar dia menggunakan gajet sepeti telefon pintar atau iPad,” ujarnya.

Sumber: mStar Online

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment