5 Penerbangan Mewah di Dunia

 

 

Siapa yang tidak mahu terbang ke lokasi percutian dengan keselesaan yang terbaik dengan kapal terbang. Boleh kata, semua orang mengutamakan keselesaan lebih-lebih lagi untuk kembara jauh nun di perantauan.

 

Jika berkemampuan mengapa tidak berbelanja lebih sedikit demi keselesaan sepanjang penerbangan. Hari ini sudah banyak syarikat penerbangan yang menyediakan ruang yang lebih selesa dalam suasana yang lebih mewah.

 

Setiap sudut dan perincian kapal terbang disempurnakan dengan dekorasi yang lebih mewah dan maksimum. Dengan cara itu, penerbangan penumpang jarak jauh tidak lagi membosankan kerana tersedianya pelbagai kemudahan di dalam pesawat.

 

Selain menghidangkan penumpang dengan juadah makanan yang ternyata lima bintang, anak kapal juga akan sentiasa memanjakan penumpang dengan mesra.

 

Kenali lima penerbangan termewah di dunia di bawah.

 

EMIRATES

emirates

 

Pada mulanya pada tahun 1985, Emirates memulakan perjalanan mereka hanya dengan sepasang pesawat sahaja. Tahun demi tahun, Emirates mula menempah nama di dunia sebagai syarikat penerbangan mewah. Ia turut menyediakan kamar mandi yang sempurna dengan tempat persalinan, meja bersiap dan bar mini. Bahkan, penumpang tidak akan rasa kebosanan kerana tersedia hiburan multimedia tanpa henti. Hidangan makanannya juga terbaik setiap kali tiba waktu makan.

 

ETIHAD

etihad

 

Etihad merupakan syarikat penerbangan mewah yang bercirikan hospitaliti ala Arab. Diamond Suite Kelas Pertama merupakan tempat duduk penumpang yang paling mewah. Boleh kata semuanya mewah jika terbang bersama Etihad. Suite peribadi, kamar tidur yang disertakan sekali pengurus makanan dan minuman peribadi dan menghidangkan makan malam bertaraf lima bintang. Kamar peribadi itu turut mempunyai TV skrin lebar 23-inci, bar mini, dan kerusi urut.

 

VIRGIN ATLANTIC

Virgin Atlantic reveals it's new Upper Class cabin with the longest business class bed in the sky

 

Syarikat penerbangan Virgin Atlantic berpusat di California, Amerika Syarikat. Penumpang boleh menikmati pengalaman di langit biru dengan kemudahan internet, tempat duduk kulit yang dicipta khas, skrin sentuh video, menu makan atas permintaan dan pelbagai pilihan hiburan.

 

BRITISH AIRWAYS

british airways

 

British Airways bermula selepas Perang Dunia I. Ruang lounge British Airways yang selesa dan dipenuhi dengan pelbagai hidangan makanan yang menyelerakan mampu membuatkan perjalanan terbang anda lebih mewah.

 

DELTA

delta

 

Syarikat penerbangan Delta menyediakan tempat duduk dengan katil rata, hiburan dalam penerbangan dan hidangan gourmet yang enak. Melangkah masuk ke pesawat Delta seolah merasai keselesaan sebenar seakan berada di rumah.

 

 

Sumber : Glam.my

 

The post 5 Penerbangan Mewah di Dunia appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment