WAK DOYOK AKUI RAPAT DAN TIDAK TOLAK JODOH DENGAN AZRINAZ MAZHAR?

wak-doyok-azrinaz-mazhar-hakimIkon fesyen iaitu Wak Doyok mengakui dia kini sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok memberitahu dia selesa berkawan dengan wanita itu dan tidak menolak jika ditakdirkan untuk hidup bersama jika ada jodoh.

“Kalau ditanya tentang status saya dengan dia kami masih berkawan, cukuplah saya katakan dia kawan paling rapat dan paling baik dengan saya.

“Tidak salah kami berkawan kerana masing-masing tidak berpunya, kalau ada jodoh kami, sampailah kad jemputan kepada anda semua (media),” ujarnya.

Wak Doyok diminta mengulas tentang hubungan istimewanya dengan Azrinaz apabila dilihat sering menghadiri majlis bersama.

Terbaharu, Azrinaz memuji keenakan kuih koci dalam Instagram miliknya yang dibuat ibu Wak Doyok. Bagaimanapun, Wak Doyok berkata, dia mengakui terdapat jurang antara dia dan wanita itu kerana Azrinaz adalah daripada golongan kenamaan.

“Dia bukan orang sembarangan dan saya pula hanya orang kampung sahaja, rasa macam tidak padan pula. Tapi bagi saya untuk memikit seorang wanita perlu memikat kedua-dua ibu bapanya dahulu,” ujarnya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment