Trik Wajah Nampak Segar Kala Berpuasa

Wajah mungkin nampak segar pada awal puasa, tetapi selepas menghadapi rutin tugasan di pejabat dan rumah, mulalah culas dengan penjagaan kecantikan hingga tampak pucat dan tidak bermaya.

wajah segar di kala berpuasa

Cuba trik mudah untuk diamalkan ini agar wajah kembali segar walaupun sedang berpuasa.

UNTUK BIBIR

Jika ianya merekah dan mula menampakkan kulit kering, gunakan tisu basah untuk menanggalkannya. Takpun, bila anda menggunakan pelembap wajah atau toner, sapukan sedikit pada bibir. Walaupun tekstur dan manfaatnya lebih kepada penghidratan kulit wajah tetapi boleh membantu serba sedikit. Yang terbaik tetap menggunakan pelembap bibir.

LipIce Sheer Color Shimmer (TH)

LipIce Sheer Color Shimmer (TH), RM15.80

UNTUK KULIT

Walaupun anda telah meminum lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh mendapat penghidratan yang memadai, tetapi kulit adalah bahagian tubuh terakhir untuk mendapatkan khasiatnya. Justeru, jangan culas mengamalkan penjagaan wajah dengan produk yang betul. Apa kata cuba L’Occitane Pivoine Sublime yang mampu menyegarkan kulit selembut kelopak bunga.

wajah segar kala berpuasa

Layari laman L’Occitane untuk info lanjut.

SOLEKAN RINGKAS

Sedia maklum, tidak ramai yang gemar bersolek penuh di kala puasa tetapi tanpa secebis sentuhan solekan, wajah boleh tampak pucat lesi. Cara paling mudah dan tidak terlalu ketara adalah melayangkan pemerah pipi, biar wajah tampak ‘hidup’ dan bermaya. Takpun, gunakan highlighter seperti di bawah, ia akan membuat penampilan anda lebih subtle.

wajah segar di kala berpuasa

Urban Decay Afterglow Highlighter, RM98

Jangan lupa gunakan primer solekan untuk supaya solekan tipis anda kekal tahan lama. Jelita suka Dior Glow Maximizer, RM165.

wajah segar kala berpuasa

Dior Glow Maximizer, RM165

 

 

Gambar hiasan: INGImage

 

The post Trik Wajah Nampak Segar Kala Berpuasa appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment