Tip Pastikan Rumah Selamat Bila Bercuti

Pulang beraya atau pergi bercuti, pastikan rumah selamat bila anda meninggalkannya terutama jika membabitkan tempoh yang lama. Lihat senarai semak berikut supaya tiada apa yang ketinggalan.

jelita tip pastikan rumah selamat

ING Image

Anda tidak perlu memasang atau menggunakan sistem kawalan keselamatan yang gempak atau mahal, tetapi dengan sedikit usaha mudah, tidaklah anda pulang ke rumah daripada bercuti dalam keadaan terkejut kerana rumah telah dicerobohi.

 

  1. KUNCI, KUNCI, KUNCI. Pasti anda tidak akan lupa mengunci pintu utama dan belakang, tetapi jangan terlupa tingkap bilik anak malah bilik air. Lebih bagus jika anda memasang selak ekstra pada pintu supaya susah untuk diumpil atau dibuka.
  2. SIMPAN, SIMPAN, SIMPAN. Jika ada dokumen penting, barang berharga seperti komputer riba atau barang kemas, elak menyimpannya di tempat yang biasa dan yang boleh diagak akan jadi tempat pertama pencuri ambil. Contohnya dalam almari pakaian. Apa kata cuba letak di tempat sukar dijangka seperti dalam peti sejuk dalam pam tandas (bukanlah komputer riba ya, barang kemas bolehlah). Untuk komputer riba, apa kata bawa saja sekali ke kampung halaman. Senang hati.
  3. PASANG KAMERA LITAR. Tak perlu yang betul-betul pun. Pasang yang olok-olok dan di tempat yang boleh nampak untuk menimbulkan rasa gusar dan cuak pada penceroboh, boleh membantu menghindari jenayah.
  4. DAPUR SELAMAT. Jangan lupa pula mencabut menutup gas dan mencabut paip daripada kepalanya.
  5. CABUT PLAG. Pastikan semua suis elektrik ditutup dan plag peralatan elektrik dicabut.
  6. UNTUK KERETA. Bagi kenderaan yang ditinggalkan di rumah, letak pelekat yang lain dari lain pada bumper kereta supaya mudah untuk dikenal pasti dengan cepat.
  7. UNTUK PINTU GELONGSOR. Selak dengan kayu, supaya tidak mudah untuk ditolak penceroboh.
  8. KALAU ADA BAJET. Beli sistem keselamatan yang membolehkan anda memantau keadaan dalam rumah menerusi aplikasi dalam talian. Anda boleh memantau menggunakan telefon bimbit saja.
  9. SURAT MENYURAT. Pastikan peti surat kosong atau sentiasa dikosongkan, boleh minta tolong jiran untuk membantu anda.
  10. PASANG LAMPU. Sama ada lampu tangga atau lampu satu daripada bilik tidur, agar nampak seperti ada orang di dalam.

The post Tip Pastikan Rumah Selamat Bila Bercuti appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment