Ingat tak, ibu sering berpesan untuk minum susu setiap hari untuk tulang yang kuat? Tapi kita masih lagi memandang enteng kehebatan susu segar. Apatah lagi susu sebenarnya sangat bagus untuk kulit wajah anda. Terkejut? Teruskan membaca…
Kaya dengan nutrisi dan vitamin seperti vitamin A,B,D, kalsium, protein dan potassium yang bagus untuk kulit wajah dan tubuh. Jika kamu memiliki wajah yang berjerawat, ataupun kulit berminyak, susu segar mampu menghapuskannya. Bukan sahaja bagus diminum setiap hari, tetapi mampu membersihkan kulit agar lebih putih dan gebu. Jom baca kegunaan dan kehebatan susu segar yang berharga hanya lebih kurang RM 6 sebotol di pasaran.
Pencuci Wajah
Tahukah anda susu segar adalah antara pencuci wajah semulajadi yang baik? Anda boleh gunakan susu setiap hari yang menghapuskan kotoran di muka dan menanggalkan kulit mati, blackheads dan whiteheads. Anda boleh rasai kehebatan susu selepas pertama kali mencubanya. Kulit anda menjadi lebih bersih, lembap dan segar. Caranya tuang tiga sudu susu dan gunakan kapas bebola dan cuci wajah anda secara urutan bulat. Kemudian urut menggunakan jari ke kawasan T-zon, bawah mata dan leher. Tunggu seketika dalam 2 minit dan bilas wajah dengan air dingin. Mudahkan? Amalkan setiap pagi selama dua minggu, pasti wajah anda putih gebu bak salju.
Skrub Organik
Campurkan tiga sudu oat (organik ataupun segera) dengan secawan sudu dan letakkan pada wajah. Urut perlahan-lahan dan biarkan kering seketika dalam 5-10 minit. Kemudian bilas dengan air suam dan lap dengan tuala bersih.
Pelembap Terbaik
Guna petua ini untuk anda yang memiliki kulit kering dan kusam. Campur susu dan madu asli, ambil kapas dan celup dalam ramuan tadi dan sapukan rata pada wajah. Biarkan seketika antara 5-10 minit dan bilas dengan air sejuk. Kulit kamu akan kekal lembap sepanjang hari!
Pencerah Semulajadi
Susu merawat kulit terbakar ataupun tidak sekata akibat terdedah kepada cahaya matahari. Mungkin anda telah mencuba pelbagai jenis krim pencerah di pasaran, namun hasilnya tidak seperti yang dijanjikan. Jangan bimbang kerana susu dan kacang almond dan oren membantu masalah ini. Kisar 4 biji kacang almond, kemudian campurkan dengan susu dan jus oren. Jadikan seperti face mask, biarkan sehingga 30-40 minit dan bilas seperti biasa. Amalkan 2 kali seminggu untuk keputusan yang cepat.
Foto: 123rf.com
The post Tip Kulit Gebu Dengan Susu Segar appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment