STACY BAKAL SAMBUT AIDILFITRI TANPA AKIM?

stacy-sambut-aidilfitri-tanpa-akimTahun ini menyaksikan kali pertama dia menyambut kehadiran bulan Ramadan sebagai umat Muhammad. Sudah pasti dengan rasa berbeza. Selain menunaikan ibadah puasa sama seperti umat Islam lain, Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, dalam masa yang sama turut menyambut kehadiran bulan mulia ini sebagai isteri kepada penyanyi Akim Ahmad.

Namun Stacy bakal menyambut hari raya ini tanpa suami, walaupun ini kali pertama dia bakal menyambut Aidilfitri sebagai isteri namun bukan sesuatu yang merunsingkan. Tentunya sambutan hari raya ini akan bersama keluarga mentua di Johor Bahru. Ini kerana Akim akan berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama ahli kumpulan The Majistret bermula 22 Jun ini.

“Kalau Akim pergi bercuti dan meninggalkan saya menyambut Aidilfitri seorang mungkin saya boleh marah, tak puas hati. Tetapi, dia pergi menunaikan umrah, jadi saya reda sahaja.

Lagipun tidaklah sedih sangat mungkin perkara ini juga masih baharu buat saya. Saya dan anak, Bella akan menyambut hari raya kali ini bersama keluarga mentua di Johor,” katanya.

Selain itu, Stacy turut memberitahu kali pertama dia mencuba untuk berpuasa, dia pernah menggigil demam. Apapun SM doakan semoga Stacy kuat dan tabah untuk menjadi muslim sejati.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment