Seks Ketika Puasa, Boleh Atau Tidak?

Adakah seks ketika berpuasa dibolehkan? Antara persoalan yang mungkin anda tidak pasti sepenuhnya akan jawapan yang tepat.

03A47996

Sesetengah isteri mungkin berasa lega untuk menolak seks sewaktu bulan Ramadan kerana menganggap mereka kelesuan pada siang hari bila perlu menahan lapar dan dahaga, dan petangnya pula menyiapkan juadah berbuka selain memastikan ibadah wajib dan sunat dilakukan dengan lebih baik, untuk mengejar pahala yang diingini.

Tetapi, janganlah sampai anda mengambil peluang untuk memandang sambil lewa akan keinginan nafsu yang sudah menjadi sebahagian daripada kudrat dan fitrah manusia.

Sebagai panduan, seks sewaktu puasa boleh dilakukan tetapi bukan di kala anda sedang dalam waktu berpuasa. Lakukannya dalam waktu yang dibenarkan kerana ia juga adalah pahala kerana melayan kehendak suami atau isteri anda.

Anda boleh jadikan yang berikut sebagai panduan, supaya kedua-dua pihak tidak menjadikan seks ini sebagai satu bebanan pula pada bulan Ramadan.

  1. Bersikap terbuka dan capai persetujuan bersama. Anda dan pasangan perlu mencapai kata sepakat mengenai waktu paling bersesuaian untuk menikmati seks. Boleh dilakukan selepas solat fardhu atau waktu berbuka atau sebelum tidur. Walaupun sesi bersama tidak lama, tetapi ia cukup bermakna kerana masing-masing sudah menahan diri sepanjang waktu berpuasa. Jika keletihan, bersabarlah terlebih dulu kerana antara waktu selepas berbuka sehinggalah imsak adalah tempoh yang panjang, sempat lagi untuk ‘bersama.’
  2. Sesi seks segera. Oleh kerana anda dan suami sama-sama mencari rezeki atau mempunyai tuntutan kerja yang perlu diselesaikan walaupun berpuasa, pasti akan timbul rasa penat atau kurang berminat untuk seks. Jika kebiasaannya kalian sering mengadakan sesi yang panjang, apa kata untuk bulan ini, lakukan saja seks kilat. Yang penting, sama-sama mencapai kepuasan diingini.
  3. Jaga kesihatan dan stamina. Amalkan diet yang bersesuaian walaupun berpuasa, makan vitamin tambahan untuk mengganti balik nutrien yang hilang akibat perlu menahan lapar dan dahaga. Biasanya, ini akan dapat membantu tubuh sentiasa kekal segar dan bertenaga, jadi tidaklah terlalu keletihan bila hendak bersama nanti.

Foto: ING Image

The post Seks Ketika Puasa, Boleh Atau Tidak? appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment