Resipi Laksam Kelantan

Resipi: Duta Ducth Lady 

 

shutterstock_276306827

Gambar: shutterstock

 

Umumnya tahu di tanah air kita ini mempunyai pelbagai jenis laksa. Ada laksa Penang, laksa Johor, laksa Sarawak dan juga laksa Kelantan yang turut dikenali sebagai laksam.

 

Masing-masing punya perbezaan dan keunikan dari segi citarasanya. Jadi, sempena bulan puasa ini, pastinya ramai yang memerlukan resipi ringkas dan menyelerakan untuk idea menu berbuka.

 

Jom cuba untuk hidangan menu berbuka puasa bersama seisi keluarga.

 

Bahan-bahan:

 

2 Inci halia

15 biji bawang merah

 

Bahan-bahan sup: 

 

2 inci halia

15 biji bawang merah kecil

5 ulas bawang putih

4 batang serai

3 keping asam keping

Lada hitam (secukup rasa)

100ml santan

4 sudu besar Susu Tepung Penuh Krim Dutch Lady (dilarutkan dengan 200ml air)

1 sudu besar gula merah

 

Daun herba:

 

Daun selom

Daun kesum

Bunga kantan

Daun ketumbar

Daun selasih

Ulam raja

 

Mi

Mi soya nipis

 

Cara penyediaan sup:

  1. Rebus ikan kembung yang sudah dibersihkan.
  2. Sebaik ikan kembung masak, asingkan isi dan tulang ikan tersebut.
  3. Tapis air rebusan ikan.
  4. Kisar kesemua bahan-bahan berikut; halia, bawang merah, bawang putih dan serai. Masukkan ke dalam periuk bersama air rebusan ikan, santan, susu Dutch Lady dan asam keping. Biarkan ia mereneh sambil kacau sup tersebut selama 10 minit.
  5. Keluarkan asam keping dan kisar bahan-bahan sup tadi.
  6. Masukkan balik ke dalam periuk dan masukkan garam, lada hitam dan juga gula merah.
  7. Masukkan kupang, sotong dan juga ikan salmon.

 

Cara penyediaan mi:

  1. Rebuskan mi di dalam air panas, tambah sedikit garam dan minyak. Masak sehingga kenyal.
  2. Tapis mi dan bilas dengan air sejuk supaya mi tersebut tidak menjadi terlalu lembut.

The post Resipi Laksam Kelantan appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment