Persiapan Raya Sheahnee Iman Lee dan keluarga

Bagi bekas pembaca berita NTV7, Sheahnee Iman Lee, dia dan keluarga akan bersama-sama membersihkan rumah lebih awal sebelum bulan puasa dan akan mula untuk membuat dekorasi rumah menjelang hari raya.

Bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada pengacara TV3, Nazrudin Habibur Rahman atau Naz, malah kebiasaannya dia juga akan menguruskan persiapan raya untuk tiga orang anaknya.

IMG-20160601-WA0005

Soalan 1: Bagaimana dengan persiapan menjelang raya?

Jawapan: Saya kini sedang sibuk uruskan perniagaan sewaktu Ramadan, jadi persiapan itu agak lambat. Tapi tidak mengapa kerana saya dah ada pengalaman tahun lepas dalam mengendalikan persiapan, Alhamdulilah tiada masalah. Cuma nak pastikan makanan yang saya masak di rumah tu sihat, penuh nutrisi. Masak pagi dan malam itu yang saya stress. Jadi saya kena rancang awal.

Soalan 2: Siapa yang pembuat keputusan dalam perihal persiapan raya?

Jawapan: Bab rumah memang saya. Sebab jadual Naz padat. Dia kena habiskan episod Jalan-Jalan Cari Makan sebelum puasa. Saya lebih suka biarkan Naz fokus pada kerja dia. Bab tema dan baju raya memang sudah dirancang dua bulan lalu.

IMG-20160601-WA00001
Soalan 3: Gaya yang anda paling gemar sewaktu hari raya?

Jawapan: Saya dari dulu memang suka jubah dan kaftan. Sebab untuk membuat kerja rumah, menyediakan hidangan di rumah mertua lebih mudah dan selesa. Sebab ibu mertua akan menyediakan pelbagai hidangan dan saya akan melayan tetamu.

 

The post Persiapan Raya Sheahnee Iman Lee dan keluarga appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment