Buah tomato adalah salah satu rahsia organik terbaik untuk kulit yang sihat, flawless dan berseri. Menggosok buah tomato pada kulit wajah mampu mengurangkan kesan selaran matahari dan menyerikan wajah.
Jelita berkongsi kebaikan buah tomato yang bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, malah khasiatnya pada kulit anda.
- Amalkan makan buah tomato setiap hari sebagai diet tambahan kerana tomato kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kondisi kulit untuk kekal muda dan anjal seperti kulit bayi. Malah lycopene membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.
- Jika anda mengamalkan pengambilan produk makanan berasakan tomato, ianya membantu kulit menyedut lebih oksigen seterusnya melambatkan proses penuaan dan kedutan wajah.
- Kulit anda perlukan khasiat seperti yang terdapat dalam tomato yang membuatkan kulit lebih muda daripada usia.
RAMUAN TOPENG TOMATO
- Ambil sebiji tomato ranum dan sebiji lemon. Perah kedua-duanya untuk mendapatkan jus dan campurkan di dalam mangkuk. Sapukan jus ini ke muka menggunakan jari dan jauhi kawasan mata anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air dingin. Topeng ini mengecilkan liang pori-pori dan memudakan wajah anda.
- Gosok sebiji tomato yang masak dalam gerakan bulatan di wajah dan biarkan kering sehingga satu jam. Bilas dan sapukan pelembap wajah kegemaran anda. Langkah ini untuk wajah yang bersih berseri tanpa sebarang jerawat.
- Campur jus tomato dan madu asli. Sapukan pada wajah dan buat urutan lembut selama 1-2 minit. Kemudian diamkan di wajah selama 20 minit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C, membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.
- Paling mudah, amalkan makan tomato setiap pagi kerana ianya membantu membersihkan perut anda. And ajuga boleh amalkan minum jus tomato dua kali sehari iaitu sepuluh minit sebelum makan kerana tomato boleh mengurangkan selera yang melampau dan kadar gula dalam tubuh.
- Campurkan jus tomato dan timun ke dalam mangkuk dan sapukan rata pada wajah anda. Ramuan ini bertindak menyingkirkan minyak berlebihan pada kulit, mengecilkan pori-pori dan biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air dingin. Wajah anda bukan sahaja lembap dan bebas minyak, malah berseri-seri kemerahan bak bidadari! Selamat mencuba.
Foto: 123rf.com
The post Kulit Berseri Dengan Buah Tomato appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment