Berpuasa merupakan ibadah yang bagus untuk tubuh badan kita. Malah kajian antarabangsa juga menyarankan setiap lapisan masyarakat untuk berpuasa kerana faedahnya untuk tubuh. Jelita berkongsi tip dan beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk kekal cergas ketika berpuasa.
Pentingnya Bersahur
Bersahur dengan makanan berasakan kabohidrat, protein, serat, sayur-sayuran dan buah- buahan. Contohnya seperti telur, roti bakar penuh gandum, peanut butter, pisang, oren, kurma, kismis, oat atau nasi. Makanan seperti ini mengambil masa yang lama untuk dicerna sehingga lebih 8 jam dan membantu anda berasa kenyang lebih lama. Oat, kurma dan pisang misalnya memberikan tenaga sepanjang hari untuk anda.
Berbuka Puasa Dengan Air Kosong
Berbuka puasa dengan segelas air kosong dan buah kurma supaya perut anda tidak terkejut. Kemudian boleh di ikuti dengan susu, buah-buahan dan sup. Setelah berbelas jam berpuasa, anda memerlukan tenaga dan kadar gula diperlukan dalam tubuh, namun elak minum minuman berkarbonat dan air panas. Kunyah makanan perlahan-lahan terutamanya seperti daging kerana makan dengan gelojoh membuatkan perut anda masuk angin dan kembung.
Jauhi Makanan Masam Dan Pedas
Elakkan makanan yang masam dan pedas kerana berpuasa meningkatkan paras asid gastrik. Begitu juga dengan makanan berminyak dan masin. Garam membuatkan anda dahaga lebih cepat. Minum banyak air kosong sehingga lapan gelas. Buat aturan seperti dua gelas ketika bersahur, dua gelas waktu berbuka dan empat gelas lagi – dua gelas bagi setiap tiga jam di antara waktu berbuka dan sahur. Mudahkan?
Kurangkan Tidur
Badan anda akan melalui proses detokfikasi di waktu siang, jadi anda akan keletihan. Namun itu bukan alasan untuk tidur sepanjang hari. Anda akan menjadi lesu dan ianya tidak langsung mengurangkan keletihan anda. Sebaliknya lakukan aktiviti harian seperti biasa. Lakukan pergerakan agar darah mengalir dengan baik. Bagaimanapun anda disarankan untuk ‘take a nap’ selama 20 minit – 40 minit bagi merehatkan minda.
Senaman Ringan
Siapa kata berpuasa tidak boleh bersenam? Kajian antarabangsa berpendapat bersenam ketika perut kosong membakar kalori lebih cepat. Namun anda disarankan bersenam satu jam sebelum waktu berbuka. Jenis senaman yang di cadangkan adalah seperti berjalan dengan pantas (brisk walking), berbasikal, yoga, berenang atau regangan otot. Solat juga sebenarnya adalah satu ibadah berbentuk senaman. Lima kali sehari sudah mampu menyegarkan tubuh kerana solat melancarkan pengaliran darah. Jadi, jangan lupa solat ketika berpuasa okay.
Foto: 123rf.com
The post Kekal Cergas Di Bulan Ramadan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment