Baru-baru ini penyanyi Khai Bahar mengeluarkan kenyataan kepada media tekaknya berdarah dek kerana terlalu kerap menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi.
Selepas kenyataan itu disiarkan, penyanyi Keena Mentor muncul dengan memberikan komen mengenai kenyataan Khai.
Menurut Keena menerusi laman Facebooknya:-
“Adik, kita orang menyanyi ‘Live Band’ dulu berbelas lagu sehari, lima tahun dah. Tak berdarah tekak pun. Malah, menyanyi ‘Live Band’ setiap hari lagi, tak berdarah pun,” tulisnya.
Mungkin Khai selepas ini boleh masuk kelas vokal untuk belajar dengan teknik yang betul, jadi tidaklah berdarah nanti.
Sumber: Media Hiburan
0 comments :
Post a Comment