Kebangkitan Girl Group Korea

Jika sebelum ini kumpulan idola lelaki yang melonjak naik, nampaknya sejak akhir-akhir ini kebangkitan girl group dalam senario muzik di Korea makin mencanak populariti mereka.
 
Sebelum ini kumpulan wanita yang mendominasi persada muzik adalah Girls Generation, Kara, 4Minute, 2ne1, Sistar dan Apink antara kumpulan senior yang berjaya. Juga kumpulan yang muncul selepas itu juga seperti AOA, Exid, CLC dan Girls Day masih bertahan. Saban tahun muncul lebih banyak kumpulan baru memandangkan dasar “pengeluaran” bakat baru di Korea Selatan cukup memberangsangkan dan berpuluh-puluh kumpulan baru ditubuhkan.
 
Dengan harapan konsep serta bakat gabungan yang dihimpun ini boleh menembusi pasaran yang cukup kompetetif. Jika beberapa tahun lalu, kumpulan wanita lebih cenderung untuk mengetengahkan konsep seksi, kini ia bukan lagi satu pelaris sebaliknya formula innocent dengan gaya ala pelajar sekolah menjadi pilihan kebanyakan kumpulan baru menjadi taruhan.
 
GFriend

EH! girl group korea
Kumpulan ini muncul di pentas Hallyu dengan album pertama mereka awal tahun 2015 dan kemudian melonjak popular dengan lagu Me Gustas Tu yang cukup mesra di corong radio. Kumpulan ini mendapat perhatian netizen sedunia apabila video persembahan mereka disebuah acara muzik menjadi viral kerana membuat persembahan di lantai licin dan berkali-kali terjatuh tetapi tetap meneruskan aksi sehingga lagu habis.
 
Walaupun datang dari syarikat kecil, GFriend terus hebat dengan lagu baru tahun ini berjudul Rough yang mengungguli carta dan menewaskan nama-nama besar pada rancangan muzik. GFriend yang dianggotai oleh Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB dan Umji bakal muncul dengan satu lagi album tidak lama lagi. Mereka pernah dicalonkan untuk kategori Artis Korea Terbaik di MTV Europe Award Septemper lalu dan satu-satunya kumpulan wanita disamping calon B1A4, BTS, Got7, dan VIXX.
 

 
TWICE

EH! Girl Group Korea
 
Kumpulan ini muncul pada Oktober 2015 dibawah didikan JYP Entertainment hasil program realiti Sixteen. Mereka terdiri dari sembilan gadis gabungan dari Korea Selatan, Jepun dan Taiwan. Twice terdiri dari Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung, dan Tzuyu. Lagu Like Ooh-Ahh mewarnai carta dan popular dengan pantas.
 
 
Oleh kerana populariti itu, Twice turut menerima kontrak iklan walaupun masih baru dalam industri. Twice juga menjadi bahan bualan akibat dari kontroversi yang ditimbulkan oleh Tzuyu yang melibatkan ketegangan politik antara Taiwan dan China. April lalu mereka muncul dengan lagu baru Cheer Up yang turut mendapat sambutan baik dan juga trofi di M! Countdown, Music Bank dan Inkigayo.
 

 
Red Velvet

EH! girl group korea
 
Kumpulan dibawah gergasi muzik SM Entertainment ini muncul pada Ogos 2014 dengan lagu Happiness. Mereka mendapat perhatian kerana tampil dengan konsep segar dan unik serta turut mengetengahkan vokal mantap. Red Velvet dianggotai oleh Irene, Seulgi, Wendy, Joy dan Yeri.
 
Hampir semua lagu yang dipromosikan dari mini album mereka mengungguli carta seperti Ice Cream Cake, Dumb Dumb dan juga lagu balada One Of These Nights. Khabarnya mereka juga bakal muncul semula dengan album baru Julai ini.
 

 
Lovelyz

Eh! Girl Group Korea
 
Kumpulan yang debut pada tahun 2014 ini dianggotai oleh lapan gadis muda Baby Soul, Jiae, Jisoo, Mijoo, Kei, Jin, Sujeong dan Yein. Di bawah agensi Woolim Entertainment, Lovelyz meraih populariti melalui lagu Ah-Choo yang bertahan lama dalam dalam carta digital dan terbaru lagu Destiny juga cukup popular.
 

 
 
I.O.I

EH! Girl Group Korea
 
Ini juga adalah barisan gadis hasil dari program realiti Produce 101 oleh CJ E&M tahun ini. Sebelas anggotanya adalah dari pelbagai agensi sebelum ini yang menyertai Produce 101 iaitu Lim Na-young, Kim Chung-ha, Kim Se-jeong, Jung Chae-yeon, Zhou Jieqiong, Kim So-hye, Yu Yeon-jung, Choi Yoo-jung, Kang Mi-na, Kim Do-yeon dan Jeon So-mi.
 
Melalui album Chrysalis mereka sudah menghangatkan pentas dengan lagu Crush dan Dream Girls. Anggota kumpulan ini sudah punya pengikut tersendiri melalui program tersebut dan kian menjadi sebutan serta pilihan pelbagai rancangan variety Korea.
 

 
 

The post Kebangkitan Girl Group Korea appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment