interior with white furniture and red curtain
Menjelang Aidilfitri nanti, ramai suri mula mencongak sama ada mahu memperbaharui hiasan kediaman atau tidak. Jika berkemampuan, tidak salah untuk membeli segala barang baru tetapi jika perlu bercatu perbelanjaan, mungkin anda boleh tukar beberapa saja dekorasi untuk serlah suasana raya.
Mulakan dengan soft furnishings. Ini termasuklah kusyen dan sarung kusyen, sofa dan sarung sofa, langsir, alas meja dan permaidani. Tak perlu beli yang mahal, menukar sarung kusyen saja sudah cukup untuk mengubah suasana ruang tamu walaupun langsir masih sama. Tetapi pastikan temanya masih sama atau kombinasi warna atau corak sepadan dengan barangan lain di ruang itu.
Serikan dengan bunga. Untuk menaikkan seri ruang tamu atau ruang makan, cara paling mudah adalah dengan membeli bunga, sama ada bunga tiruan atau bunga segar. Kini ada banyak pilihan dan bunga tiruan boleh bertahan lama dan ditukar gubahannya. Bunga segar pula boleh dibeli sehari sebelum Aidilfitri untuk serlahkan mood di pagi raya. Cuma ia hanya boleh bertahan beberapa hari sebelum layu.
Sertakan tumbuhan dalam kediaman. Selain bunga, tumbuhan hijau atau house plant boleh segera beri impak segar dalam rumah. Sama ada anda letakkan di bahagian bucu ruang tamu atau hujung koridor rumah. Pastikan anda tahu cara menjaganya juga dan kekerapan ia perlu disiram. Antara tumbuhan hijau yang boleh anda beli adalah pohon fiddle leaf fig, monstera, strelitzia nicolai dan rhapis palm.
Cat dinding dengan rona segar. Sudah sekian lama dengan dinding yang sama, kos untuk cat ruang tamu sederhana besar mungkin tidak memakan belanja besar dan anda boleh lakukannya sendiri untuk jimat upah. Secara tidak langsung kediaman terasa seperti baru dan warna yang dipilih juga perlu sepadan dengan dekorasi ruang tamu juga ya melainkan anda mahu menukar keseluruhan tema warna.
Aroma ruang menerima tetamu. Paling jimat adalah anda hanya perlu bersihkan ruang tamu dan ruang makan dan salin sarung kusyen dengan himpunan yang ada (kan baru juga jika setiap tahun bertukar sarung). Setelah mengemas, wangikan ruang dengan lilin beraroma atau penyegar ruang. Tentu tetamu masuk kediaman anda dengan senyuman girang.
The post Hiasan Rumah Bajet Menjelang Raya appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment