Hanez Suraya Tinggalkan Dunia Seni?

Gambar : Instagram Hanez Suraya

 

Hanez

 

Aktres Hanez Suraya dikatakan mempunyai perancangan untuk berhenti daripada bekerja di dalam bidang seni. Menurut Hanez, dirinya mahu memberi fokus kepada bidang perniagaan yang dicadangkan oleh suaminya, Romie Razin dan dalam masa yang sama menumpukan lebih perhatian kepada keluarganya.

 

Hanez

 

Bahkan, perancangan Hanez itu disokong sepenuhnya oleh Romie. Semenjak berkahwin dan hamil sehinggalah melahirkan anak pertama mereka, Hanez sudah agak lama bercuti daripada dunia lakonan.

 

“Sebagai isteri, saya akur kehendaknya untuk memberi perhatian kepada keluarga terutama sejak Putri Aleesya dilahirkan. Ikutkan memang rindu mahu kembali berlakon tetapi mengenangkan anak yang masih kecil, hasrat itu saya lupakan. Walaupun mempunyai pembantu, hal-hal berkaitan anak saya mahu lakukannya sendiri, termasuk menyuapkan makanan, memandikan dan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Cuma saya tidak mahu cakap akan bersara sekarang kerana takut nanti tiba-tiba ada tawaran berlakon dan saya menerimanya. Mungkin apabila anak sudah besar sedikit, saya boleh pertimbangkan soal kembali berlakon. Sekarang, biarlah saya berkorban dulu. Buat masa ini, suami galakkan saya menceburi bidang perniagaan. Tetapi apa bisnes yang bakal saya ketengahkan masih dalam perancangan,” kata Hanez kepada BH Online.

Hanez

 

Hanez juga menyatakan yang dirinya sebenarnya sudah berminat untuk terjun ke dunia perniagaan sejak sebelum berkahwin lagi. Tetapi cita-citanya untuk menguruskan bidang perniagaan tidak lagi dapat direalisasikan setelah memasuki bidang seni.

 

“Saya jenis manusia yang tidak suka menunggu duit tanpa berbuat apa-apa. Kalau teringin beli sesuatu, tidak perlu tunggu suami. Kalau berniaga, ada juga pendapatan sampingan untuk saya berbelanja. Dulu pun saya berseloroh, kalau tidak boleh berlakon dia kena bagi saya berniaga. Syukur kerana nampaknya suami juga serius dengan perancangan ke arah itu dan tahu saya bukan main-main,” tambahnya lagi.

The post Hanez Suraya Tinggalkan Dunia Seni? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment