Rancangan jualan secara lansung Go Shop di Astro kini antara program yang menjadi bualan hangat di kalangan pembeli secara dalam talian di Malaysia.
Go Shop adalah platform terbaru destinasi membeli belah secara dalam talian untuk industri produk tempatan. Ia membuatkan aktiviti membeli belah lebih menarik tidak kira bila dan dimana anda berada. Pelanggan boleh menonton Go Shop di saluran Astro 118 atau Astro On The Go juga melalui komputer riba di rumah dan pejabat menerusi laman web www.goshop.com.my. Anda boleh membeli barangan kelengkapan dapur, elektronik dan digital, produk kosmetik sehinggalah aksesori fesyen malah produk popular dari negara Korea.
Kali ini, Jelita membawa anda mengenali lebih dekat dua pengacara wanita yang mengendalikan Go Shop dengan lebih dekat. Mereka bukan calang-calang orangnya. Raianna dan Syakirin mempunyai personaliti yang menarik dan hadir dari latar belakang yang berbeza. Jom baca temuramah Jelita bersama mereka.
Syakirin Husna
Erti Ramadan bagi anda? Persiapan dan aktiviti di bulan Ramadan?
Ramadan bagi saya adalah masa untuk ‘reset’ , untuk ‘take a break’ sekejap , buat refleksi diri. Biasanya saya akan cuba lapangkan sedikit jadual sebelah petang supaya dapat meluangkan masa dengan keluarga dan luangkan masa untuk beribadah.
You are always on the go, tip untuk kekal sihat dan cergas di bulan Ramadan? Pendapat anda, perlukah kita bersenam atau banyakkan rehat di bulan puasa?
Banyakkan makan serat yang baik seperti sayur-sayuran, oat, kalau makan banyak sangat gula dan minyak nanti lagi cepat lapar. Bersenam tu , biasanya tak adalah berat sangat waktu puasa , tapi janganlah tidur sepanjang hari pula, makruh. Rehat secukupnya dan buat aktiviti macam biasa. Kalau kita sibuk , lagi cepat masa berlalu, lagi cepat rasa nak berbuka.
Tip kecantikkan, cara terbaik untuk menjaga kulit apatah lagi sebagai pengacara yang selalu menggunakan mekap? Rutin penjagaan muka anda?
Cuci cuci cuci. Mesti cuci muka dengan baik selepas seharian bermekap. Biasanya saya akan pakai make up remover , scrub, kemudian baru pakai pencuci muka pula.
Siapakah inspirasi dan ikon fesyen anda? Definisi fesyen, tip dan bagaimana anda menggambarkan gaya fesyen anda?
Oh who doesn’t love Vivy Yusof. Semua dia pakai cantik je. Tapi jauh lagi lah kalau nak dibandingkan saya dan Vivy. Kalau antarabangsa saya suka sangat Angelina Jolie kerana dia selalu tampil ringkas tetapi elegan. Bagi saya , Fashion is Comfort. Saya sukakan sesuatu yang ringkas, praktikal dan kemas. Tapi pada masa yang sama mampu menyampaikan mesej.
Latar belakang ringkas mengenai Syakirin
- Belajar jurusan Kejuruteraan Biokimia di Seoul, Korea selama 4 tahun – berkebolehan bertutur, membaca dan menulis Bahasa Korea.
- Mula berkecimpung dalam bidang komersil sejak berusia 15 tahun, dan terjun dalam bidang pengacaraan secara serius sejak 2012.
- Walaupun usia penglibatan masih baru , tetapi Syakirin sudah berpengalaman mengacara dalam pelbagai genre termasuk berita, travelog, lifestyle, hiburan dan terkini TV Home Shopping.
- Selain mengacara di TV, Syakirin juga mengacara di majlis –majlis antaranya Perlawanan Akhir Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam (JDT vs PKNS FC) , Private Preview MINI Clubman yang pertama di Malaysia.
The post Go Shop Malaysia: Kenali Syakirin Lebih Dekat appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment