Faedah Bersenam Ketika Berpuasa

Persoalannya di sini, bolehkah kita bersenam ketika berpuasa? Dan apakah senaman yang sesuai?

 

43852654 - young muscular woman doing core exercise on fitness mat in the gym. fit female doing press-ups during the training in the health club.

Pakar kesihatan menyarankan anda perlu elak makan sebelum exercise kerana ianya menggangu jangka masa senaman anda. Bagaimanapun anda harus minum sebelum bersenaman dan bersenam ketika perut kosong membakar kalori lebih cepat. Jadi jawapannya, ya! Anda disarankan bersenam ketika berpuasa, namun tidak digalakkan untuk semua peringkat usia dan bergantung pada tahap kesihatan anda.

 

Kenapa Bersenam Ketika Berpuasa Berfaedah

Jika sebelum ini anda pernah bercadang untuk bersenam dan berdiet, tetapi semuanya tidak berhasil kerana godaan makanan, mulakan bersenam sekarang! Apabila anda bersenam ketika berpuasa, ianya secara ‘extreme’nya memaksa tubuh membakar lemak. Proses pembakaran lemak dikawal oleh Sympathetic Nervous System (SNS), dimana ianya aktif ketika bersenam dan sewaktu badan tidak mengambil sebarang makanan. Kajian antarabangsa berpendapat senaman seperti aerobic ketika berpuasa mampu mengurangkan lemak tubuh dan berat badan sementara makan sebelum bersenam hanya mengurangkan berat badan.

 

Waktu Yang Sesuai Untuk Bersenam

Jangan bersenam ketika waktu tengahari! Tubuh anda perlukan banyak air ketika itu. Sebaliknya hanya lakukan regangan otot dan melakukan pergerakan mudah supaya anda tidak lesu dan mengantuk. Bersenam satu jam sebelum berbuka adalah waktu yang tepat. Pilih senaman yang anda suka. Berbasikal, berlari, senaman turun naik tangga, ataupun kardio. Untuk anda yang mahu melakukan senaman angkat berat, anda perlu makan selepas bersenam. Bermakna satu jam sebelum berbuka adalah waktunya. Bersenam selepas tarawikh juga waktu yang baik untuk anda. Waktu anggaran ialah 10 PM, dimana ketika itu perut anda sudah selesa. Aktiviti seperti sukan badminton, futsal ataupun jogging adalah disarankan.

 

Makan, Minum Dan Tidur Yang Cukup

Sekiranya anda aktif bersenam di bulan puasa, jangan lupa dapatkan nutrisi yang diperlukan tubuh anda. Bersahur dengan makanan sumber protein seperti ikan dan daging. Banyakkan serat seperti oat, buah-buahan seperti pisang dan kurma, juga sayur-sayuran. Tubuh anda perlukan tenaga selepas bersenam, jadi tidak salah jika anda mahu minum segelas air manis seperti kopi ataupun teh. Banyakkan minum air kosong dan dapatkan tidur yang cukup. Apa-apapun anda dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor jika menghidapi sebarang penyakit dan bercadang untuk bersenam di bulan puasa.

Foto: 123rf.com

The post Faedah Bersenam Ketika Berpuasa appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment