Menjadi ibu tunggal bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun itulah yang perlu dilalui oleh pelakon dan penyanyi Elly Mazlein selepas diceraikan Azmi Hatta ketika mengandungkan anak pertama mereka.
Sebelum ini Elly pernah membuat kenyataan dia bersyukur apabila bekas suaminya itu tidak mengabaikan tanggungjawab selepas kelahiran anak mereka itu.
Terkini, Elly mendedahkan perkara sebenar selepas terkilan dituduh kononnya dia adalah penyebab utama rumah tangganya runtuh kerana curang bersama lelaki lain.
Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan.
Saya dimasukkan ke bilik bersalin pada 1 tengah hari sebelum melahirkan anak pada 6.35 petang. Saya ditempatkan ke wad dalam pukul 8 malam. Kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang.
Saya merayu kepadanya untuk tidak meninggalkan saya (ketika itu) tetapi tidak dilayan. Lebih-lebih lagi selepas Sefhia terkena demam kuning.
Elly pada masa yang sama memberitahu beliau sudah halalkan wang hantaran bernilai RM 11,111,11 yang sehingga kini tidak diserahkan oleh Azmi kepada beliau.
Saya tak marah. Itu adalah perkara yang harus saya telan. Cuma saya tidak sangka dia boleh jadi (bertukar sikap) macam itu. Selama ini saya tidak pernah berkira. Tak sangka saya dibalas sebegitu rupa. Kalau saya berkira, saya akan ungkit tentang wang hantaran (berjumlah RM11,111,11) yang belum lagi saya dapat sampai ke hari ini. Tak apa saya halalkan semua itu.
0 comments :
Post a Comment