Baju Melayu Buat Lelaki Lebih Segak

Lelaki Melayu akan kelihatan segak dan tampan dengan Baju Melayu Raya di pagi Aidilfitri. Tapi, ada juga yang masih pandang ringan terhadap pemakaian baju tradisional kita ini.

HHA-001B HHA-006B

Baju Melayu terdapat dua jenis iaitu cekak musang dan teluk belanga di mana perbezaannya adalah pada garis leher baju melayu itu. Ketika ini, Baju Melayu bukan sahaja hanya dikenakan pada sambutan raya ataupun ke solat di masjid, namun turut sesuai dipakai untuk majlis formal dan juga menghadiri majlis keraian. Jelita mahu singkap sejarah dan fakta menarik mengenai Baju Melayu yang mungkin anda belum tahu.

Sejarah Baju Melayu

Menurut sumber daripada Wikipedia, pemakaian baju melayu telah berkuat kuasa sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Shah di Melaka (1424-1444) sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah pada hari jumaat semua lelaki Melayu dikehendaki pergi ke masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja. Sementara itu, Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘teluk belanga’ dan gaya leher ‘cekak musang’ hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja.

22839642 - man in traditional clothing showing hand gesture

Baju Melayu Cekak Musang

Baju ini mempunyai lima butang merujuk kepada lima rukun islam dan dua butang di atas bermaksud menucap dua kalimah syahadah dan sembahyang lima waktu. Zaman dahulu, lelaki melayu disarankan memakai secara lengkap lima butang bagi menghormati kesucian adat cekak musang ini.

14735745 - happy malay father and son, in traditional baju melayu ,songkok clothing

Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia. Satu butang sahaja untuk Teluk Belanga bermaksud Tuhan yang satu. Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju dipakai kemas-kemas didalam samping.

Baju Melayu tidak lengkap jika anda tidak mengenakan samping. Menariknya, cara pemakaian samping juga mempunyai maksud tersendiri. Apabila mengenakan samping, lelaki yang sudah berkahwin mesti di bawah lutut, manakala yang masih bujang, samping dipakai di atas lutut. Kalau orang sudah berkahwin memakai samping singkat, itu tandanya dia hendak menambah isteri. Amboi!

Foto: 123rf.com / H&H by Hanis Zalikha dan Hairul Azreen

 

The post Baju Melayu Buat Lelaki Lebih Segak appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment