5 Artis Bollywood Paling Popular Di Dunia Ketika Ini

Oleh : Farhana Fuad

Gambar : Sumber Google

 

Siapa yang tidak kenal dengan namanya Deepika Padukone, Aishwarya Rai, Priyanka Chopra dan ramai lagi selebriti dari bumi India yang sudah melakar nama di bumi Hollywood.

 

Rata-rata mereka punya kehebatan dalam setiap kerjaya yang mereka persembahkan. Apatah lagi apabila penampilan yang cukup menawan serta menjadi inspirasi buat ramai orang.

 

Kejayaan mereka di pentas hiburan dunia antarabangsa nyata perlu diberikan perhatian dan sedikit sebanyak buat tokok inspirasi menggapai kejayaan dalam apa yang dikerjakan.

 

EH! senaraikan selebriti Bollywood yang berjaya melakar nama di pentas Hollywood sekaligus menjadi jutawan.

 

Deepika Padukone

 

Dee

 

Deepika boleh dikatakan seorang selebriti Bollywood yang punya pelbagai karier. Seorang model, pelakon, columnist dan aktivis kesihatan mental. Aktres jelita ini sudah membintangi lebih 30 buah filem setakat ini. Penampilan debutnya di hollywood menyaksikan dia bergandingan bersama Vin Diesel untuk filem xXx : The Return of Xander Cage yang bakal ke pawagam pada tahun hadapan.

 

Aishwarya Rai

 

CANNES, FRANCE - MAY 19: Actress Aishwarya Rai attends the "Jazbaa" Photocall during the 68th annual Cannes Film Festival on May 19, 2015 in Cannes, France. (Photo by Venturelli/WireImage)

 

Bermula dengan karier sebagai seorang model dan juga pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia setelah dimahkotakan sebagai Miss World 1994, dan sejak itu  karier Aishwarya Rai mula menerima perhatian. Pada tahun 2000 dia muncul menerusi filem epik, Devdas. Kemudian, jelitawan ini berkahwin dengan Abhishek Bachchan iaitu anak kepada legenda Bollywood, Amitabh Bachchan. Berita semasa melaporkan yang Aishwarya bakal membuka empayar dan kerja-kerja kemanusiaan bersama PETA, Push Polio dan juga United Nations (UN).

 

Priyanka Chopra

 

priyanka-chopra-2016-vanity-fair-oscar-party-in-beverly-hills-ca-1

 

Dari Miss World ke gadis Baywatch, Priyanka Chopra bakal menggegar Amerika tidak lama lagi. Priyanka sekarang ini turut sama berlakon dalam siri FBI yang bertajuk Quantico, merupakan peranan pertamanya yang diluar Bollywood. Priyanka juga seorang penyanyi yang pernah merakam lagu bersama Will.I.Am. Aktres kegemaran ramai ini juga seorang duta untuk UNICEF Goodwill.

 

Sonam Kapoor

 

CANNES, FRANCE - MAY 15: Sonam Kapoor attends the 'From The Land Of The Moon (Mal De Pierres)' premiere during the 69th annual Cannes Film Festival at the Palais des Festivals on May 15, 2016 in Cannes, . (Photo by Venturelli/WireImage)

 

Sorry Beyonce. Hakikatnya Sonam Kapoor yang sebenarnya mencuri perhatian ramai di dalam video Coldplay’s Hymn For The Weekend. Mungkin ramai yang tidak perasan akan gandingannya menerusi muzik video tersebut kala babak dirinya berlari dengan persalinan lengkap sari. Sonam juga seorang penyokong buat golongan janda di India, PETA, dan Organ Cancer Foundation the Smile Foundation.

 

Amy Jackson

 

Amy-Jackson-Latest-Hot-Bikini-Photoshoot-In-2016-2

 

Pada usia 15 tahun, Amy Jackson telah berjaya mendapat gelaran Miss Teen World. Aktres yang membesar di Liverpool ini telah pernah membintangi filem Tamil popular Madrasapattinam, Thaandavam dan Singh Is Bling. 

 

The post 5 Artis Bollywood Paling Popular Di Dunia Ketika Ini appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment