10 Perkara Isteri Perlu Tahu

Suami anda juga ada perasaan dan jangan ambil mudah mengenainya. Sebagai isteri menjadi tanggungjawab anda untuk menjaga hatinya. Jangan sampai dia terluka, jika tidak buruk padahnya.

suami isteri

  1. Suami adalah pemimpin rumahtangga. Jadi hormati dia selayaknya.
  2. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami dalam diam.
  3. Sebagai isteri, elakkan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri serta nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.
  4. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinannya. Pendirian suami adalah maruah lelaki.
  5. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap. Lelaki sangat berbeza dengan wanita. Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya. Perempuan lebih selesa meluahkan rasa tidak puas hati. Tetapi lelaki, mereka lebih suka memendamnya.
  6. Terimalah hakikat bahawa, hanya ada segelintir sahaja suami yang pandai memujuk dan meminta maaf. Kebanyakan mereka sukar untuk meluahkan kata-kata romantik buat isterinya. Jadi, sebagai isteri, anda perlu menerima suami anda seadanya.
  7. Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Harus diingat, lelaki adan Sembilan akal dan mereka akan tapis setiap satu perkara dengan berhati-hati sebelum bertindak. Ini tidak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab tetapi lebih rasional berbanding wanita.
  8. Awas kepada isteri, jangan puji lelaki lain di depan suami anda. Ini membuatkan dia rasa lebih tercabar dan meningkatkan rasa cemburunya. Haris diingat, suami anda juga ada perasaan.
  9. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami perlu pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.
  10. Sesetengah suami tidak pandai mempemerkan emosi dan perasaan mereka. Walaupun dia jarang mengungkap kata cinta, tetapi itu bukan bermakna dia tidak menyayangi anda.

 

The post 10 Perkara Isteri Perlu Tahu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment