Zizan Dan Elizabeth Tan Kongsi Cerita

Cinta itu indah, subjektif dan sesuatu yang positif. Cinta itu juga berbeza-beza definisinya. Bagaimana pula dengan perbezaan maksud cinta dan sayang? Walau apa pun pendapat anda, cinta dan sayang adalah sesuatu kurniaan yang hadir dari dalam hati kita tanpa paksaan.

Bagaimana anda menilai dan menunjukkan sayang dan cinta anda kepada ibu bapa? Bagaimana jika sayangnya anda terhadap ibu bapa tidak boleh ditandingi dengan kasih sayang mereka kepada anda? Sempena Hari Ibu dan hari Bapa Sedunia yang disambut setiap tahun pada bulan Mei dan Jun, dua selebriti tempatan terkenal, Zizan razak dan Elizabeth Tan berkongsi kisah cinta dan sayang kepada ibu bapa mereka.

1. Zizan Razak, 11street Ambassador

Zizan Razak

Zizan membesar pada zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan pelbagai kisah lucu, kasih sayang dan kenakalan bersama abangnya. Dia menyifatkan ibu bapanya tidak seperti ibu bapa yang tipikal. Ibunya lebih garang berbanding ayahnya yang lebih pendiam dan tidak segarang ibu. Semasa di zaman remaja, Zizan mengimbau kenangan dimana dia terlalu seronok apabila ibunya yang garang dan tegas itu membenarkan dia dan abangnya menaiki basikal ke sekolah. “Budak lelaki memang kebanyakannya nakal, sama seperti saya dulu. Tapi ibu saya akan merotan saya kerana tidak mendengar cakap dan saya masih ingat kenangan melarikan diri daripada ibu kerana terlalu takut dirotan”, kongsi Zizan.

Ayahnya pula menurut Zizan, menggunakan pendekatan yang berbeza. Sifatnya yang lembut dan memberikan kepercayaan kepada dia dan abangnya untuk melakukan apa sahaja yang mereka minat asalkan tidak melampaui batas dan tidak menyusahkan orang lain. “Seperti pepatah melayu – ‘hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati’, saya akan melakukan yang terbaik untuk membuatkan ayah dan ibu sebagai manusia paling gembira di dunia”, ujarnya.

2. Elizabeth Tan, 11street Ambassador

Elizabeth Tan

Paling bongsu dalam tiga beradik, Lizzy menyifatkan dia adalah anak paling manja. Ibunya adalah idolanya. “Ibu selalu menyokong minat saya dalam nyanyian malah memberi galakkan untuk tidak berputus asa”, katanya. Bapanya pula disifatkan sebagai hero dalam hidupnya. “Saya selalu rasa selamat bila ayah berada disamping saya walaupun hanya ketika menjemput saya pulang dari stesen LRT”, tambah Lizzy.

Bagi Lizzy, ibu dan bapanya adalah peminat nombor satunya apabila menyokong dalam setiap apa yang dia ceburi. “Mereka mempercayai kebolehan saya lebih daripada diri saya sendiri. Melihat mereka di samping saya selalu sudah cukup buat saya rasa bersyukur”, jelas Lizzy.

Meraikan Ibu Bapa

Zizan dan Lizzy mengakui tugas sebagai ibu bapa bukan mudah apabila berdepan dengan kerenah dan menyediakan keperluan anak-anak. Pengorbanan mereka tiada tolok bandingnya malah tidak pernah mereka merungut. Sempena dengan sambtan Hari Ibu disusuli dengan Hari Bapa ini, Zizan dan Lizzy berkata inilah masanya untuk anda menunjukkan rasa hormat dan sayang kepada ibu bapa. Zizan dan Lizzy menyenaraikan idea untuk anda hadiahkan pemberian istimewa kepada ibu bapa untuk sambutan kali ini. Semua ini boleh didapati di laman beli belah dalam talian – 11street.my

3. Yves Rocher Flower Party 4. Gucci Guilty Black 6. Secure Hajj & Umrah Neck Bag 7. MC Designer Premium PU Leather handbag

The post Zizan Dan Elizabeth Tan Kongsi Cerita appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment