Wanita Ini Mahu Discharge Awal, Bila Ditanya Kenapa…Jawapannya Buat Doktor Sebak

ohbulanrawat

Sayu hati kami tatkala membaca perkongsian doktor ini tentang seorang pesakitnya yang bermati-matian mahu discharge atau dalam erti kata lain mahu pulang ke rumah walaupun masih belum pulih sepenuhnya dan memerlukan rawatan.

Lebih menyedihkan apabila mengetahui sebab kenapa dirinya nak sangat keluar dengan cepat dari hospital berkenaan. Sungguh tak sangka.

Nak balik walaupun masih belum sihat. Pernah 2 kali AOR, gugur 2 kali

“Bed mana patient medical ..?”

Bertanya pada staff nurse gynae ward . Dah macam mak ayam hilang anak setiap hari isnin. Nak cari pesakit medical yang dah bersepah2 kat ward lain.

“Doktor kat sini.”
Impression : UTI
Antibiotic : day 3 iv zinacef
Alamak ada temp lagi.

“Puan, tak boleh balik lagi. Ubat baru 2 hari. Ada demam lagi neh.”

Bergenang dah air mata dia. Tau dah, tu riak2 wajah nak mintak balik.

“Puan , antibiotik belum lengkap nanti .. ”

Bla bla bla .. Mentioning other few complications.

“Kita habiskan ubat dulu boleh ..?”

“Takpe la doktor, saya sign je surat AOR tu. Kesian kat suami, sorang2 tinggal kat rumah.”

Pergggh surat AOR pun dia tau. Pernah AOR lettuw.

“Puan kan tak sihat, takkan suami tak faham. Dia tau tk puan nak balik ne? Saya taknak hujung2 puan je nak balik tapi suami nak suruh habiskan rawatan dulu, nanti sudahnye kene kat saya.”

“Dia tau je.”

Dah macam muka Idris mintak makan pulak dengan mata “puss in boots” tuh. Ai give up.

“Okay. Saya amek surat. ”

Pergi nurse station . Selongkar file cari old notes. Under follow up gynae clinic. Hx of PUD 3 kali. AOR 2 kali. Miscarriage 2 kali. Referred to fertility clinic. Haduihhh ..
Jalan balik ke katil pesakit. Cubaan terakhir.

Fuuh .. Hembosss

“Suami saya dah bising”

“Puan, sebenarnye ada masalah lain ke yang menghalang puan duduk hospital lama2 ..? Saya tengok file lama puan banyak kali masuk ward sbb infection. 2 kali tak habis rawatan.”

Mata itu berkaca2 lagi.

“Suami saya dh bising la doktor. Sini kene bayar. Dia sebenarnya taknak saya masuk ward. Tapi hari tu sebab saya sakit sangat. Ni hari2 telefon marah2 , suruh bagitau doktor discharge kan saya.”

“Kenapa tak pergi hospital kerajaan lain ..?”

“Sbb rekod kat sini. Malas nak pindah2 hospital.”

“Kan awak tak sihat. Kenapa nak mendesak sangat keluar awal ..? Hari nak masuk ward hari tu kenapa tak cakap nak pergi hospital lain ..?”

“Ni paling dekat dengan rumah. Suami malas pergi hospital lain.”

“Suami lagi suka saya tak mengandung”

Waah .. ai kenot brain this.

“Jangkitan kuman berulang pada salur kencing tak elok utk org perempuan ya puan. Saya tahu puan cuba nak conceive. Pernah misscarriage kan sebelum ni ..?”

“Takpela doktor , suami saya lagi suka kalau saya tak mengandung.”

Air mata tak dapat ditahankan lagi. Laju meluncur keluar dari kelopak mata yang terbuku kedukaan.

Ai kenot go on anymore. Maka surat AOR dihulurkan. Berjalan keluar meneruskan pencarian pesakit. Sambil kepala cuba memproses insiden tadi. Sungguh saya berharap , ada alasan paling munasabah yang menyebabkan suami beliau bertindak begitu. Sungguh saya berharap kisahnya lebih dari itu. Sungguh saya cuba bersangka baik mungkin ada cerita disebaliknya yang kita tidak tahu.

Kenapa perlu begini?

Tapi jauh disudut hati, minda tak boleh nak hadam kenapa dalam perkahwinan ada yang harus menghadapi situasi begini. Selalu dah nampak. Hilang ehsan dan kasih sayang pada pasangan.
Kenapa begitu ..?

Mungkin terlupa sesaat destinasi ijab qabul. Yang seharusnya dituju ke “mardhatillah”. Berpaksikan pada Alquran dan sunnah. Saya berdoa nakhoda kapal pesakit saya sedar akan perjalanan yang dah terpesong dari destinasi asal dan cepat2 kembali ke laluan utama.

Balik rumah pandang wajah anak2 yang tengah lena bermimpi otromen.
Cerita dengan suami kisah pagi tadi.

” ni otromen2 yang tgh lena ni, bakal pemimpin keluarga semua ni. Berat kerja kita sebenarnya kan ..”

“Hmm ..” Tak mampu nk bagi jawapan panjang sebab tersedar akan hakikat yang sangat benar itu.

Semoga Allah pelihara baitulmuslim ini dan anak2 kita.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Ar rum : 21

AOR = At Own Risk discharge. Dia tak dapat keluar hospital lagi tapi minta dikeluarkan dengan syarat perlu tanggung risiko sendiri.

Sumber : Nur Jalila Mohd Ariffin

The post Wanita Ini Mahu Discharge Awal, Bila Ditanya Kenapa…Jawapannya Buat Doktor Sebak appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment