UQASHA SENROSE KENA KECAM LAGI, BENARKAN KEITH FOO SENTUH PIPI?

catsRata-rata masih memuji lakonan Uqasha Senrose dan Keith Foo dalam pementasan teater Ombak Rindu walaupun telah melabuhkan tirai sejak beberapa hari lalu.

Namun aksi dan lakonan teraju utamanya iaitu Uqasha dan Keith masih menjadi bualan hangat ramai. Terdapat segelintir peminat yang tidak senang dengan gambar yang dimuat naik Uqasha di laman Instagram miliknya yang mana gambar tersebut merupakan salah satu babak teater berkenaan.

us

Apa yang mencetuskan isu kerana ada sebilangan pengikut laman sosial kurang senang dengan adegan Keith menyentuh pipi pelakon cantik itu.

Tindakan Uqasha yang membiarkan Keith menyentuh pipinya dianggap tidak wajar memandangkan wanita itu tampil dengan imejnya yang bertudung dan disifatkan kurang sesuai untuk tatapan umum.

ss

Ruangan komen di IG Uqasha menjadi medan perbalahan apabila tak kurang ada pengikut yang tampil mempertahankan pelakon kesayangan mereka itu dengan mengatakan tindakan Uqasha dibuat kerana tuntutan kerja dan karekter supaya cerita yang disampaikan nampak lebih nyata.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment