Sebelum ini Uqasha Senrose pernah melancarkan koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Uqasha Senrose Collection. Namun pelakon ini kemudiannya mendedahkan bahawa dia telah ditipu oleh rakan bisnesnya sendiri.
UQASHA SENROSE DEDAH PUNCA PERNIAGAAN TUDUNGNYA LINGKUP | Jelas Uqasha, rakan kongsinya itu tidak memberikan keuntungan sama rata dan hanya menggunakan nama Uqasha untuk menjual tudung.
Perniagaan itu sudah tiada kerana saya ditipu rakan kongsi sendiri dan ia sangat mengecewakan saya kerana janji dibuat hanya tinggal janji.
Malah saya hanya dipergunakan oleh rakan kongsi untuk kepentingan peribadi membuatkan saya tiada hati lagi untuk meneruskan perniagaan berkenaan.
Tambah Uqasha, sepanjang sembilan bulan bekerjasama dengan individu terbabit, Uqasha hanya menerima pulangan sebanyak RM5000 sahaja.
Bukan itu sahaja, Uqasha mendapat tahu segala penipuan yang berlaku apabila beliau melihat namanya tidak disenaraikan sebagai rakan kongsi didalam salinan pendaftaran syarikat.
Dia sering memberitahu jualan tidak bagus selain memberi pelbagai alasan apabila saya bertanya tentang perniagaan kami. Saya hanya menerima RM5,000 sepanjang sembilan bulan kami bekerjasama dan saya tidak ingin teruskan lagi kerana tahu saya telah ditipu olehnya.
Walaubagaimanapun, Uqasha tidak berputus asa dan bakal mengeluarkan jenama baharu tidak lama lagi. Kali ini beliau mahu bergerak secara sendiri tanpa rakan kongsi.
0 comments :
Post a Comment