Tip Jadikan Bantal Tidur Kembali Empuk

Oleh : Farhana Fuad

 

 

02E80344

Gambar: INGimage

 

Tahukah anda bahawa rahsia tidur yang lena adalah dengan bantal yang empuk sempurna? Sesetengah orang sukar untuk melelapkan mata dan adanya mengalami sakit tengkuk kala bangun dari tidur.

 

Ia berpunca dari masalah bantal yang semakin menipis atau tidak lagi empuk seperti baru. Di sini EH! kongsikan tip menjadikan bantal tidur kembali empuk agar tidur anda lena dan nyenyak sepanjang malam.

 

Kaedah Bola Tenis

Jika anda memilih untuk mengeringkan bantal yang siap dicuci ke dalam mesin pengering, ia boleh mengembalikan keempukkan bantal. Caranya adalah dengan memasukkan sebiji bola tenis ke dalam sehelai stokin tipis dan ikat stokin tersebut untuk mengelakkan bola tenis itu dari terkeluar. Masukkan bola tenis yang telah dimasukkan ke dalam stokin tersebut ke dalam mesin pengering bersama bantal anda untuk mengembalikan keempukkan fiber bantal tersebut.

 

Kaedah Sinaran Matahari

Hakikatnya, setiap orang akan berpeluh kala tidur malam. Hasilnya, ia akan menyebabkan bantal menjadi lembap. Jika anda mula sedar bantal anda menjadi semakin menipis, letakkannya di bawah cahaya matahari untuk beberapa jam. Selaran terik mentari mampu menyejat lembapan dalam bantal sekaligus membuatkan bantal kembali empuk.

 

 

The post Tip Jadikan Bantal Tidur Kembali Empuk appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment