Stor Pop-up innisfree Sambut Ketibaan ‘The Green Tea Seed Serum’

Lebih daripada 3,000 peminat mengalu-alukan kunjungan The Green Tea Seed Serum ke Malaysia.

Peminat di Malaysia berpusu-pusu untuk “bertemu” dengan The Green Tea Seed Serum, produk innisfree yang terlaris di pasaran global ketika ia singgah di Malaysia dalam perjalanan “Journey of The Green Tea Seed Serum” merentasi Asia. Untuk menyambut kedatangan serum ini, innisfree telah mendirikan kedai berkonsep pop-up yang pertama di Malaysia dengan aktiviti menarik bermula 18 April – 24 April 2016 di Pavilion KL.

Antara tarikan stor pop-up yang telah dianjurkan termasuklah melawat ladang teh hijau di Pulau Jeju melalui set VR, menguji kelembapan kulit dan mengambil gambar di kios foto sambil mengumpul mata setem untuk menerima Green Tea Trial Kit. Para pelanggan juga dapat menikmati promosi khas innisfree “The Green Tea Seed Serum Lucky Box” atau kotak bertuah, eksklusif hanya di stor pop-up tersebut dan memenangi produk rangkaian The Green Tea.

Bukan itu sahaja! Dengan semangat cintakan bumi, innisfree dan Pavilion KL telah berganding bahu buat pertama kali untuk meraikan Hari Bumi. Para pelawat dibawa untuk turut serta dalam aktiviti “Play Green” yang disediakan agar mereka dapat meneroka dan menikmati kehidupan hijau. Diadakan juga di Pintu Masuk Bukit Bintang Pavilion KL, acara Hari Bumi direka dengan tujuan untuk memperkenalkan para pengguna kepada cara mengitar semula dengan mudah.

Setelah menikmati keindahan di Malaysia, The Green Tea Seed Serum mahu berkongsi pula kampung halamannya di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama inni-friends di seluruh Asia.

Bermula sekarang hingga 31 Mei 2016, inni-friends boleh mengambil gambar The Green Tea Seed Serum di destinasi kunjungan menarik di Malaysia dan muatnaik gambar ke www.myinnisfree.com dan kongsikan di Facebook atau Instagram dengan hashtag #innisfree dan #journeyofseedserum. Gambar terbaik akan memenangi percutian untuk dua orang ke Pulau Jeju.

Ikuti laman Facebook innisfree di innisfreeMYS dan Instagram di @innisfree_malaysia untuk perkembangan terkini dan promosi tebaru.

The post Stor Pop-up innisfree Sambut Ketibaan ‘The Green Tea Seed Serum’ appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment