Rakan artis bagaikan berperang dengan netizen diruangan komen Instagram milik pelakon Hafidz Roshdi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.
Rakan artis berkumpul dan mengamuk dengan menyelar tindakan pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen tidak ‘enak’ kepada pasangan pengantin itu.
Di gambar terbaharu yang dimuat naik oleh Hafidz, dilihat beberapa selebriti seperti Michael Ang, Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan mengkritik pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen yang tidak sopan di ruangan komen.
Tindakan artis-artis itu mendapat pujian dari orang ramai yang juga turut mengkritik tindakan pelayar terbabit yang disifatkan melampau.
Kredit screenshot : Cari Forum
Apa pun, SM ucapkan selamat pengantin baru buat Hafidz dan pasangan dan jangan endahkan komen-komen negatif yang dilemparkan.
Sumber: Siakap Keli
0 comments :
Post a Comment