Puding Karamel memang menjadi pilihan sebagai pencuci mulut terutamanya di bulan Ramadan. Sebenarnya cara membuatnya tidaklah sesukar yang disangka. Malah anda hanya perlukan kurang daripada 30 minit untuk menyediakannya. Jelita berikan anda resepi mudah untuk puding karamel yang enak dan gebu.
Bahan Untuk Karamel
3-5 sudu gula pasir
1-2 sudu besar air suam
Cara Penyediaan
Panaskan gula bersama air suam dengan api sederhana di dalam periuk kecil dan kacau perlahan-lahan sehingga gula bertukar warna keperangan. Kemudian tuang ke dalam acuan puding, sejukkan dan letak di tepi dahulu.
Bahan Untuk Puding
5 Keping Roti (jika mahu puding lebih pejal)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
5 biji telur
1 sudu esen vanila
Cara Penyediaan
- Kisar roti, susu cair dan susu pekat di dalam pengisar sehingga hancur. Di dalam mangkuk yang lain, pukul telur dengan lembut tetapi jangan sampai terlalu kembang dan berbuih. Masukkan beberapa titis esen vanila.
- Masukkan campuran telur dan esen vanilla ke dalam pengisar bahan seperti nombor 1, dan kisar semula.
- Tapis bahan kisaran dan pastikan tiada ketulan yang tertinggal. Ini kerana bagi memastikan puding akan gebu dan lembut.
- Proses mengukus mengikut citarasa anda. Boleh dilakukan di dalam oven menerusi kaedah waterbath ataupun kukus seperti biasa.
- Kukus puding dalam 20-30 minit dengan api sederhana. Selepas itu sejukkan dahulu puding sebelum di letakkan di dalam peti ais.
- Karamel puding siap dihidang. Selamat menjamu selera.
The post Puding Karamel appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment